Header Ads

Rata-rata ibu bapa di Malaysia, menanggung anak sampai mati walaupun anak-anak sudah bekerja


Kos hidup sekarang membuatkan ramai anak muda tiada duit simpanan. Lebih mengejutkan, rata-rata ibu bapa di Malaysia menanggung anak sampai mati walaupun anak-anak sudah bekerja.

Memetik laporan Kosmo, ramai anak muda yang sudah bekerja sanggup menjadikan ibu bapa mereka seperti bank segera untuk membeli kereta, rumah baru dan untuk berkahwin.

Rata-rata anak muda sekarang tidak segan-silu untuk meminta ibu bapa menanggung perbelanjaan walaupun ada di antara mereka yang mampu melancong ke luar negara setiap tahun.

Anak muda sekarang menjadikan ibu bapa sebagai tempat untuk mendapatkan wang memandangkan ibu bapa yang sudah tua mempunyai duit pencen atau KWSP.


Menurut pakar sosial, Dr. Fatimah Daud berkata, secara realiti ramai ibu bapa di Malaysia yang sudah tua memikul beban sehingga mati kerana terpaksa menjadi sumber kewangan anak-anak.

“Dalam sesetengah urusan seperti perkahwinan dan membeli rumah, ada anak yang mahu kesemua perbelanjaan itu ditanggung oleh ibu bapa atas alasan tidak cukup duit kerana belum bekerja atau tiada tabungan,” katanya kepada Kosmo.

Dikuasakan oleh Blogger.