Header Ads

Ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya ditindas, ini 6 hak-hak sebagai seorang pekerja


Masih ramai diantara anda yang tidak faham atau tidak tahu tentang hak-hak sebagai seorang pekerja. Boleh dikatakan ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya ditindas.

Negara kita sebenarnya mempunyai akta tersendiri untuk menjaga kepentingan kita sebagai pekerja. Sebelum ini banyak kes di luar negara dimana ramai yang mati kerana terpaksa kerja tanpa henti.

Anda kena ingat, majikan bukan ada 100 peratus hak ke atas anda apabila bekerja. Korang kena tahu hak anda sebagai pekerja supaya memudahkan anda jika terjadi sesuatu yang tidak dingini.

1. TAK KISAH KERJA APA PUN, ANDA DILINDUNGI DIBAWAH AKTA PEKERJA 1955

Tak kira kerja apa, full time, part time, mahupun pekerja kontrak, anda dilindungi di bawak akta dan undang-undang yang sama. Namun pastikan setiap aduan tentang majikan anda mestilah disertakan bukti kukuh.

2. KETAHUI HAK YANG TERKANDUNG DIBAWAH AKTA PEKERJA

Kalau ikutkan banyak jenis hak yang ada. Sebagai contoh, maksima waktu kerja sehari, jumlah cuti, potongan gaji, cuti bersalin. Semua tu anda perlu ambil tahu.

3. MAKSUD ‘WAKTU KERJA SEHARI’

Biasanya sebelum anda bersetuju untuk bekerja, anda perlu tahu tempoh waktu bekerja. Seperti anda tahu, waktu biasa bekerja ialah 8 jam sehari tidak termasuk rehat iaitu 1 jam. Rehat tu wajib.


4. KERJA LEBIH MASA

Dibawah Akta Pekerja, kadar bayaran kerja lebih masa dan tempoh had kerja lebih masa dalam sebulan ialah tidak lebih 104 jam dalam sebulan. Cara bayar lebih masa pula adalah 11/2 sejam dari gaji sehari (1 jam) pada hari biasa, hari rehat dan cuti am.

5. TEMPOH BAYARAN GAJI

Tempoh bayaran tidak boleh lewat selepas 7 hari dari tempoh gaji sebulan. Jika majikan anda lewat bayar dari 7 hari tersebut, mereka perlu sertakan bukti kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semananjung Malaysia.

6. PEMBUANGAN KERJA

Jika syarikat anda ada krisis atau masalah ekonomi, pekerja yang harus dibuang dulu ialah pekerja asing selepas itu barulah pekerja tempatan. Jika anda dbuang dulu, pandai-pandai buat aduan
Dikuasakan oleh Blogger.