Header Ads

Ramai pasangan yang akan sibuk dengan foto pre wedding, tren bakar gaun jadi pilihan bakal pengantin


Sekarang ni dah jadi tren sebelum kahwin je ramai pasangan yang akan sibuk dengan foto pre wedding. Ada juga yang memilih untuk melakukan sesi foto pre wedding selepas selepas majlis perkahwinan.

Ada yang bergambar di sawah pagi, tepi pantai, dan di taman atau tasik. Tapi kalau ikutkan ramai pengantin yang inginkan kelainan untuk foto pre wedding mereka.


Maklumlah, kahwin sekali je seumur hidup. Kalau boleh nak gambar yang rare dan akan diingati sampai bila-bila.

Terbaru, tren bakar gaun jadi pilihan bakal pengantin dan jurufoto di Eropah. Kalau buat dekat Malaysia kena panggil bomba dah agaknya.

Walupun hasil gambar tersebut sangat WOW, namun tindakan tersebut sangat bahaya terutama sekali kepada pengantin perempuan. Tersilap langkah boleh mengancam nyawa.


Dikuasakan oleh Blogger.