Header Ads

Pekerjaan yang menyihatkan dan memberikan kita kehidupan yang lebih sihat, ini 10 pekerjaan sihat


Kebanyakkan masa kita dihabiskan di pejabat walaupun kita mempunyai kehidupan di luar. Tahukah anda bahawa jika masa bekerja anda panjang, ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anda?

Akan tetapi ada beberapa bidang pekerjaan yang menyihatkan dan memberikan kita kehidupan yang lebih sihat.

1. PETANI


Bidang pertanian mememangnya melibatkan banyak pekerjaan berat. Walaupun memakan masa yang panjang tetapi ia mampu meningkatkan tahap stamina anda. Selain daripada itu, anda akan lebih banyak makan makanan yang sihat.

2. JURULATIH KECERGASAN


Sudah tentunya bidang pekerjaan ini menyihatkan tubuh badan kerana anda akan kerap melakukan senaman. Bekerja sambil bersenam. Apa salahnya kan?

3. JURUTERA PERISIAN KOMPUTER


Mengarut bunyinya bukan? Bagaimana kerja yang duduk seharian di depan komputer dianggap sihat? Disebabkan bidang pekerjaan ini sentiasa membuatkan pekerjanya berasa tertekan, kebanyakkan syarikat atau organisasi seperti contoh Google akan menyediakan persekitaran kerja yang lebih menyeronokkan. Kesihatan bukan hanya pada tubuh badan, tapi pada minda jugak tau!

4. PAKAR PEMAKANAN


Mereka yang bekerja dalam bidang ini akan lebih berhati-hati dalam mengawal kalori dan lemak yang masuk ke tubuh badan.

5. JURULATIH YOGA


Yoga tertumpu kepada mengawal ketenangan minda walaupun tergolong sebagai satu bentuk kecergasan. Jika minda dalam keadaan baik dan tenang, tubuh badan juga akan sihat.

6. PENSYARAH


Mengikut kajian, bidang pendidikan tersenarai dalam 5 pekerjaan yang paling kurang tekanan di dunia! Dengan bayaran yang tinggi, kehidupan secara automatik akan lebih mudah. Kehidupan akan lebih tersusun dengan adanya masa yang fleksibel.

7. TUKANG KEBUN


Tukang kebung akan menanam, memotong rumput dan mengangkat pasu. Banyak tenaga terlibat melalui pekerjaan ini dan tentunya segala kalori mudah terbakar bukan? Rasa-rasa, pernah tak anda jumpa tukang kebun yang berbadan gempal?

8. PENIAGA KECIL


Apabila bekerja di syarikat atau organisasi yang besar, ia akan memberikan lebih banyak tekanan dan kerja. Jadi, yang mudah adalah melibatkan diri dalam perniagaan kecil yang dalam masa yang sama akan mendapat keuntungan.

9. FLORIST


Pekerja di kedai bunga akan sentiasa senyum dan gembira. Tenaga positif akan automatik diberikan kerana kecintaan mereka kepada alam semula jadi.

10. PELUKIS


Apabila anda melukis, anda meluahkan segala yang terpendam dan terbuku di dalam minda. Kehidupan anda akan lebih tenang tanpa tekanan mental
Dikuasakan oleh Blogger.