Header Ads

Orang Malaysia memang tak boleh berpisah dengan nasi, lihat 5 kesan berhenti makan nasi


Orang Malaysia memang tak boleh berpisah dengan nasi. Pagi makan nasi, tengah hari nasi, malam pun nasi. Tapi pengambilan nasi atau karbohidrat lain seperti roti, memberi kesan negatif pada tubuh.

Tubuh kita memang perlukan karbohidrat, tetapi pengambilannya perlu dihadkan. Ini antara kesan jika anda berhenti makan nasi dan roti.

1. MEMBAKAR LEMAK

Mengurangkan pengambilan karbohidrat bermakna kita mengurangkan jumlah kalori. Ia sekaligus membakar lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga. Untuk mempercepatkan pembakaran lemak, bersenam sebelum sarapan.

2. TIDAK MUDAH LAPAR

Bukan kalori yang buat rasa kenyang, tapi nutrisi seperti serat, protein, dan lemak. Banyak mana pun karbohidrat yang diambil, tubuh akan mencari makanan lain yang mengandungi nutrisi. Akibatnya kita akan lebih cepat lapar.

3. PERUT LEBIH CEPAT RATA

Apabila anda berhenti makan nasi atau roti dan digantikan dengan makanan serat, perut akan lebih cepat rata. Kekurangan serat membuatkan bakteria terperangkap di usus dan menyebabkan perut kembung.


4. OTOT SEMAKIN KUAT

Jika anda ingin membina otot, makanan karbohidrat perlu dikurangkan. Ini kerana makanan berprotein sahaja yang mampu membentuk otot.

5. LEBIH BERTENAGA

Tidak semua makanan karbohdrat beri kesan buruk pada tubuh. Tapi anda perlu peka dengan kandungan karbohidrat. Tanpa makanan karbohidrat, tubuh akan lebih bertenaga, tidak cepat penat dan tidak mengantuk.
Dikuasakan oleh Blogger.