Header Ads

Menurt kajian oleh pakar IVF dari Singapura, wanita berkerjaya masa kini menjejaskan tahap kesuburan


Kini semakin ramai wanita yang masih membujang dan lebih pentingkan kerja dari hidup berumah tangga.

Menurt kajian terbaru oleh pakar IVF dari Singapura, Prof Ng Soon-Chye, jumlah wanita berkerjaya yang semakin tinggi pada masa kini menjejaskan tahap kesuburan mereka.


Ini disebabkan golongan wanita ini akan lewat berkahwin sekaligus menjejaskan kadar kesuburan dan sukar untuk hamil.

Pendapat berkenaan disokong dengan statistik Jabatan Perangkaan yang menunjukkan kadar kesuburan wanita berusia antara 15 dan 49 tahun menurun daripada 2.0 bayi pada 2015 kepada 1.9 bayi pada 2016.

Astro Awani juga melaporkan, disebabkan sukar hamil permintaan bagi rawatan In-Vitro Fertalisation (IVF) di Malaysia semakin meningkat.


“Selepas (kerjaya) stabil, selalunya pada umur 30 hingga 40 tahun, barulah mereka mahu berkahwin. Ini menyebabkan kadar kesuburan mereka terjejas,” kata Soon-Chye.

Rata-rata wanita Malaysia kini memilih untuk mempunyai kerjaya yang stabil sebelum mendirikan rumahtangga dan membina keluarga
Dikuasakan oleh Blogger.