Header Ads

Korea Selatan menjadi destinasi pilihan, ini 8 lokasi popular mesti lawati di Korea


Korea Selatan menjadi destinasi pilihan terutama sekali buat peminat-peminat K-Pop. Boleh dikatakan banyak tempat menarik di sana yang anda mesti lawati.

Kami senaraikan 8 lokasi popular anda mesti lawati di Korea jika anda peminat fanatik K-Pop. Rugi jika anda tak ke sana jika bercuti ke Korea.

1. GARDEN OF MORNING CALM


Lokasi ini antara yang wajib anda lawati jika ke Korea. Tempat ini istimewa buat anda yang sukakan filem atau drama Korea The Letter, Detective, Smile Again, Love in the Moonlight dan program Infinite Challenge.

2. COFFEE PRINCE CAFE


Mesti ramai yang tahu drama terkenal The Coffe Prince. Jadi tak sah jika anda tak singgah ke Coffee Prince Cafe.

3. EVERLAND


Lokasi ini menjadi tempat wajib rancangan popular Running Man mengadakan pengambaran. Lokasi ini juga menyediakan pelbagai permainan. Mana tahu anda berpeluang untuk berjumpa bintang Running Man.

4. NAKSAN PARK


Anda dapat melihat pemandangan indah seluruh bandar Korea dari puncak tertinggi taman bersejarah ini. Naksan Park ini juga menjadi lokasi popular pengambaran drama My Lovely Girl, The King 2 Hearts, Feast of the Gods dan banyak lagi.

5. GOGURYEO BLACKSMITH VILLAGE


Jika anda ingin lawati tempat bersejarah, ini antara lokasi anda patut lawat. Kampung rekaan seperti kota lama ini merupakan lokasi drama seperti Legend Secret Garden, Faith dan Dr. Jin.

6. HALLYU K STAR ROAD


Jika anda peminat kumpulan K-Pop, tak lengkap rasanya jika tak ke sini. Terkenal dengan patung arca Gangnam Dols, anda boleh dapatkan pelbagai barangan cenderahati kumpulan K-Pop kegemaran anda.

7. YONGMA LAND


Taman tema terbiar ini sebenarnya telah ditutup pada tahun 2011, namun ia kembali popular selepas kumpulan EXO melakukan pengambaran video muzik di sana.

8. SYARIKAT PENGURUSAN ARTIS K-POP


Antara tempat yang menjadi lokasi wajib jika ke Korea ialah syarikat pengurusan artis kegemaran mereka. Pasti ramai peminat K-pop berharap untuk terlihat kelibat idola kesukaan mereka
Dikuasakan oleh Blogger.