Header Ads

Kondominium mewah di Kuala Lumpur sentiasa mendapat permintaan, ini 10 kondominium di kuala lumpur


Peningkatan jumlah kondominium mewah menunjukkan bahawa pemintaan pasaran terhadap kediaman elit semakin meningkat. Rata-rata kondominium mewah di Kuala Lumpur sentiasa mendapat permintaan.

Pada tahun 2015, jumlah keseluruhan unit kondominium mewah adalah 36,252 buah. Pada tahun 2016, penambahan dianggarkan sebanyak 13,500 unit di Lembah Klang.

10. THE TROIKA KLCC


Harga bermula dari: RM3.7 juta

Keluasan: 2,473 sf (RM1,496 psf )

The Troika KLCC mengandungi 3 menara “berpusing secara geometri” yang menjanjikan pemandangan terbaik ibu kota, seni bina unik serta citarasa penuh mewah. Menara 3 yang setinggi 50 tingkat merupakan bangunan kediaman tertinggi di Kuala Lumpur.

9. ST MARY RESIDENCES



Harga bermula dari: RM2.5 juta

Keluasan: 1,614 sf (RM1,548.89 psf )

Terletak di Jalan Tengah berhampiran KLCC, St Mary Residences memberikan anda peluang merasai kehidupan seperti di Midtown Manhattan. St Mary Residences terdiri daripada 3 menara 28 tingkat, dengan sejumlah 457 unit apartmen servis. Dilancarkan pada tahun 2009, 3 penthouse kondominium ini mempunyai Lamborghini Gallardo, termasuk dalam harganya iaitu antara RM10 hingga RM12 juta.

8. VERVE SUITES MONT KIARA


Harga bermula dari: RM1.17 juta

Keluasan: 746 sf (RM1,568.68 psf)

Kondominium mewah ini menawarkan kemudahan gaya hidup yang inovatif seperti “beach in the sky”, “sky lounge” yang tersendiri, gimnasium hidro, “sky garden” dan panggung wayang yang terletak di dalam serta luar. Terdapat juga VERVE Shops, iaitu sebuah podium runcit setinggi 3 tingkat yang bersambung antara satu sama lain, berkeluasan 60,000 kaki persegi.

7. SOHO SUITES @ KLCC


Harga bermula dari: RM1.18 juta

Keluasan: 735 sf (RM1,605 psf)

SoHo Suites @ KLCC terletak di tengah-tengah Jalan Perak. Blok 45 tingkat ini menempatkan 808 unit kediaman dan pejabat. Kediaman SoHo Suites dilancarkan dari harga RM850 per kaki persegi pada tahun 2011, dan harganya telah meningkat dua kali ganda.

6. PANORAMA


Harga bermula dari: RM2.145 juta

Keluasan: 1,270 sf (RM1,689.13 psf)

Terletak berdekatan dengan KLCC, Panorama terdiri daripada dua blok 33 tingkat, dengan jumlah unit sebanyak 223 buah berkeluasan dari 592 hingga 1,819 kaki persegi, serta dilengkapi susun atur pelan terbuka yang moden dan anggun.

5. VIPOD RESIDENCES @ KLCC


Harga bermula dari: RM2.3 juta

Keluasan: 1,292 sf (RM1,779.31 psf)

Kondominium setinggi 41 tingkat ini mempunyai 440 unit satu atau dua bilik dalam 3 bloknya, bersaiz 635 hingga 1,350 kaki persegi. Dilancarkan dengan harga sekitar RM900 kaki persegi pada tahun 2010, unit yang lebih kecil hanya boleh dijual dengan dasar “purchase-with-purchase” dimana anda harus membeli unit bersaiz sederhana terlebih dahulu.

4. THE BINJAI ON THE PARK


Harga bermula dari: RM4.01 juta

Keluasan: 2,228 sf (RM1,799.88 psf)

Pernah dianggap sebagai hartanah paling mahal di ibu kota, The Binjai on the Park masih memegang rekodnya yang tersendiri dengan pemandangan KLCC tanpa halangan bernilai jutaan ringgit, selain taman KLCC terletak berhampirannya. Ia juga adalah satu-satunya harta kediaman dalam pelan induk pembangunan KLCC.

3. MARC SERVICE RESIDENCE


Harga bermula dari: RM3.9 juta

Keluasan: 2,044 sf (RM1,907.81 psf)

Terletak di Jalan Pinang, Marc Service Residence menjadi antara perintis kepada kondominium mewah di sekitar KLCC, yang dilancarkan dengan harga dari RM700 per kaki persegi pada tahun 2003. Walaupun kondominium ini dibina kira-kira sedekad yang lalu, bangunan dan kemudahannya dijaga dengan baik, yang mungkin turut menjadi faktor penyumbang kepada permintaannya yang tinggi.

2. PAVILION RESIDENCES


Harga bermula dari: RM2.45 juta

Keluasan: 1,234 sf (RM1,986 psf)

Satu-satunya kondominium mewah pegangan pajakan (leasehold) dalam senarai ini ialah Pavilion Residences di Jalan Bukit Bintang. Pembangunan seluas 12 ekar ini terdiri daripada apartmen, pusat membeli-belah, hotel dan menara pejabat. Bumbung pusat membeli-belah Pavilion menempatkan “Sky Garden”.

1. ONE MENERUNG


Harga bermula dari: RM8.48 juta

Keluasan: 4,175 sf (RM2,045.30 psf)

Terletak di belakang pusat membeli-belah Bangsar, dengan harga setinggi RM8.5 juta, ia juga merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibayar untuk sebuah apa yang disebut-sebut sebagai “banglo di atas langit”.

Unit kondominium terkecil adalah seluas 3,013 kaki persegi, jadi ia pastinya bukan ruang kediaman yang kecil. Setiap unit mendapat 3 lot tempat letak kereta. Dengan kemewahan sebegitu rupa, tidak hairanlah mengapa harganya boleh meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak ia dilancarkan pada tahun 2006
Dikuasakan oleh Blogger.