Header Ads

Kisah seorang pemuda yang telah melakukan zina, Moga kita mendapat 1001 manfaat dari kisah berfaedah ini



Ada seorang pemuda yang baru berzina ,selepas dia melakukan zina dia merasa sungguh menyesal lalu dia segara dia bertaubat kepada Allah dan menangis semahu-mahunya . Kemudian die segara bangun untuk membersihkan dirinya dengan mandi ,berwuduk dan terus pergi ke masjid nabawi untuk solat asar berjemaah bersama-sama Rasulullah .

Selepas masuk kemasjid , dengan persaaan yang takut kepada Allah dengan atas segala dosa yang dia baru sahaja lakukan , dia pun memasuki saf yang pertama solat asar dan tidak henti-henti menangis dalam solatnya. Setelah selesai solat lalu dia bangun dan mendekati Rasulullah, dia duduk berhadapan dengan Rasululluh dan menangis dan memeluk Rasulullah .


Dan mengatakan “ ya Rasulullah , aku ini berdosa besar , ya Rasulullah “

Nabi menayakan “ kenapa kau berdosa besar wahai sahabatku ?”

Pemuda tersebut berkata “ ya Rasulullah , aku telah melakukan zina “

Lalu riak wajah Rasulullah berubah menjadi sedih dan kecewa. Apa yang boleh dikatakan lagi , perkara tersebut telah terlanjur dilakukan dan bermaksud ianya adalah termasuk dalam dosa besar . dan ketika itu nabi juga belum mendapat apa-apa wahyu dari Allah . Dan ianya adalah dosa besar dan nabi amat benci kepada dosa besar . Waktu itu nabi juga merasa amat kecewa .

Lalu pemuda itu bertanyakan lagi kepada Rasulullah “ ya Rasululluh , apa yang harus aku lakukan , ya Rasulullah ?”

Nabi hanya boleh menyatakan “ itu adalah dosa besar , dan setiap makhluk yang melakukan dosa besar tempatnya adalah neraka .”


Pemuda tersebut benar-benar menyesal dan kecewa dengan segala perbuatan yang telah dilakukannya.

Lalu maklaikat Jibril pun datang , dan mewahyukan ilham  kepada Nabi Muhammad S.A.W , bukan ayat tetapi ilham keudian baru diturunkan ayat , lalu nabi tiba-tiba tersenyum. Kemudian memanggil semula pemuda itu tadi yang kelihatan begitu sedih .

“sini , sini wahai sahabatku “

Nabi bertanya “ adakah solat tadi kamu ada bersama kami ?”

“iya , ya Rasulullah “ jawab pemuda itu .

“ solat asar ?”

“ ya Rasulullah”

“Berjemaah ?”

“iya “

“Saf pertama ?”

“iya , ya Rasulullah “

“dari awal hingga akhir ?”

“iya , ya Rasulullah”

“Berbahagia lah Allah baru sahaja mengampuni dosa-dosa kamu”


Bayangan dengan melaksanakan solat asar berjemaah di masjid , disaf hadapan , Allah telah mengampuni dosa besar hambanya . Belum lagi solat subuh yang luar biasa pahalanya . Allah juga telah menyaksikan kesungguhan taubat hambanya .

Awalnya Allah juga marah kepada hambanya , dan Allah tidak terus menghukum malah Allah telah memberi peluang kepada hambanya melakukan taubat.Begitu juga pada awalnya hambanya pergi ke masjid , Allah sudah pun memaafkan . Dan Allah tidak mahu mengingati dosa-dosa yang dilakukan hambanya .

Kemudian Allah mengirimkan maklaikat Jibril kepada Nabi Muhammad . “ Jangan kecewakan hambaku yang bertaubat itu.”

Allah menyuruh Jibril “ Jibril datang, ,beritahu kepada hambaku itu , yang baru sahaja berbuat dosa , jangan putus asa dari rahmat Allah . Allah akan mengampuni dosa .”


Pemuda tersebut bertanyakan lagi “ ya Rasulluh tetapi aku telah melakukan zina “

“Allah telah memaafkankan dan mengampuni dosa kamu” jawab Nabi.

“ya Rasulullah , adakah ini hanya berlaku kepada diriku sahaja ?” Tanya pemuda tersebut .

Nabi menjawab “ ini berlaku kepada kamu dan orang-orang seperti kamu .”

Allah Maha Pengampun , bayangkan orang yang telah melakukan dosa besar datang ke masjid, Allah ampunkan dosanya.


Dikuasakan oleh Blogger.