Header Ads

Kenapa nasi yang kita masak cepat basi, 7 petua masak nasi supaya tak cepat basi



Mesti ramai dikalangan kita mengalami situasi begini . Dan boleh dikatakan salah satu faktor pembaziran dan amalan tidak elok kerana nasi itu slah satu sumber makanan pada kita.

Di sini saya sertakan tip-tip yang mungkin berguna kepada semua tetapi walaubagaimanapun, ia juga akan bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.

1. Basuh bersih


Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.

Oleh itu,semasa mencuci beras , air cucian beras perlulah dibuang sehingga habis sebelum melakukan cucian berasa yang seterusnya dan untuk  bilasan terakhir gunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.

2. Periuk dicuci bersih



Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah periuk tidak dicuci sebersihnya.kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Mungkin terdapat bahagian yang kotor yang boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi .

3. Garam



Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.

4. Limau nipis



Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini tetapi akan menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.

5. Hilangkan wap nasi 



Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’. Gemburkan nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk.

Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok.

6. Periuk nasi dipanaskan atas dapur



Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.

Untuk mengatasi masalah ini, telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.

7. Masak air dalam periuk nasi



Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak

Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Sebulan sekali memadai  untuk menjamin ketahanan nasi.


Dikuasakan oleh Blogger.