Header Ads

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Abertay, wanita yang mempunyai kekasih mempunyai daya ingatan yang kuat


Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti Abertay, Dundee, Scotland mendapati, wanita yang mempunyai kekasih atau sedang dilamun cinta memiliki daya ingatan lebih baik berbanding wanita single.

Kajian juga mendedahkan, wanita yang menjalin hubungan jangka panjang dikatakan memiliki memori lebih baik berbanding wanita yang baru sahaja dilamun cinta.


Kajian dijalankan ke atas beberapa orang wanita di universiti terbabit. Mereka diberikan sekeping foto dan diminta untuk mengingati wajah pada foto tersebut.

Hal tersebut adalah kerana wanita menganggap foto wanita yang dilihat itu sebagai pesaing dalam hubungan percintaan mereka.


“Wanita lazimnya lebih mudah untuk mengingati wajah wanita lain kerana menganggap gambar yang dilihatnya boleh menjadi pengancam dalam hubungan percintaan mereka,” ujar penyelidik.
Dikuasakan oleh Blogger.