Header Ads

Elianto melancarkan gincu “Elianto Musang King”, dalam warna kuning terang sama seperti isi buah durian.


Boleh dikatakan rakyat Malaysia ni sangat sukakan buah durian. Siapa yang tak sukakan dengan rasa durian yang manis dan berlemak.

Kalau sebelum ini ada kopi perisa duriand dan kondom durian, bagaimana pula jika ada gincu berperisa durian?


Berita baik buat ‘hantu durian’, jenama kosmetik, Elianto bakal melancarkan gincu “Elianto Musang King”. Gincu tersebut didatangkan dalam warna kuning terang sama seperti isi buah durian.

Durian-Flavoured Lipstick

Lebih menarik, gincu tersebut mempunyai bau durian yang kuat sama seperti bau Musang King.

“Saya sentiasa teringin nak makan durian bila tiba musimnya. Tapi lepas ni saya boleh rasa buah durian bila-bila masa je dengan hanya menjilat bibir sahaja,” kata salah seorang testimoni pelanggan.


Walau bagaimanapun, Elianto memberitahu gincu berperisa durian itu masih belum dipasarkan lagi dan akan diberitahu kelak
Dikuasakan oleh Blogger.