Header Ads

Budak 15 tahun mati akibat dirodok kemaluannya dan mayatnya ditemui dengan 19 kesan kecederaan pada tubuhnya




Remaja dari Dalit, Haryana, hilang Selasa minggu lalu, selepas keluar dari rumah untuk ke sekolah.
Kematian remaja perempuan 15 tahun dalam keadaan menyayat hati akibat dirogol beramai-ramai sekali lagi mengejutkan India selepas mayatnya ditemui dengan 19 kesan kecederaan pada tubuhnya dipercayai akibat diseksa.

Apabila bedah  siasat dijalankan, pakar mendapati hati dan paru-parunya pecah. Lebih kejam menurut polis, doktor memberitahu kemaluan mangsa dirodok dengan sesuatu objek namun tidak menyatakan objek terbabit.

Bedah siasat menunjukkan sekurang-kurangnya empat orang terbabit merogol, menyeksanya dan mangsa juga ada kesan lemas dalam air.

Daily Mail yang memetik NDTV melaporkan, mayat separuh bogel remaja itu ditemui dalam satu terusan di Kurukshetra, kira-kira 100 kilometer dari rumahnya dengan kecederaan pada muka, leher, bibir dan dada.



Polis percaya remaja itu sudah dua hari mati sebelum mayatnya ditemui.


Dr SK Dattarwal dari Institut Sains Perubatan Pandit Bhagwat Dayal Sharma berkata, tubuh mangsa ada banyak kesan kecederaan, bahagian sulit dicederakan selain banyak kecederaan dalaman.

“Objek keras dan tumpul dirodok ke dalam kemaluannya.

“Remaja itu yang diikat mulut meronta untuk melepaskan diri dan ada seseorang duduk di atas dadanya,” katanya.

Ketua Polis Daerah itu, Abhishek Garg, berkata gerakan besar-besaran sudah dilancarkan bagi mengesan empat lelaki terbabit.

Beberapa jam selepas penemuan mayat remaja itu, polis di Panipat menemui mayat budak perempuan 12 tahun dalam sebuah kolam juga dibunuh selepas dirogol.

Ketua Polis Panipat, Rahul Sharma, berkata dua lelaki iaitu jiran mangsa ditahan dan mereka mengaku memujuk mangsa masuk ke dalam rumah sebelum merogol dan membunuhnya.

Kedua-dua jenayah itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang menuntut hukuman lebih berat serta mendesak polis memperbaiki cara mengendalikan kes.

Rekod rasmi menunjukkan hampir 36,000 remaja dan kanak-kanak bawah umur menjadi mangsa serangan seksual di India pada 2016.

Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak PBB menyatakan, pada 2014 seorang daripada tiga mangsa rogol di India ialah bawah umur.
Dikuasakan oleh Blogger.