Header Ads

Bagaimana sebenarnya untuk memasak ikan bilis dengan betul, Ini 7 petua untuk menggoreng ikan bilis



Ikan bilis penuh khasiat seperti zat besi, kalsium dan asid omega 3.ikan bilis sering dijadikan sebagai perisa tambahan dalam hidangan goreng, sup, bubur dan sayur-sayuran.

Untuk rasa lebih sedap goreng ikan bilis boleh gigoreng bersama bawang putih. Kalau ianya digoreng sempurna dan dibakar hingga cukup garing, biasanya boleh bertahan lama hingga enam bulan.

Biasanya, selepas ikan bilis yang digoreng kilas akan cepat lemau dan liat. Bukannya lama ini kerana ikan bilis tersebut tidak digoreng sempurna dan masih mengandungi air di dalamnya.

1. Ikan bilis yang berkualiti


Jika lebih terang warna ikan bilis, lebih sedap dan kualitinya

2. Keringkan 


Jika merendam ikan bilis, pastikan ia benar-benar sudah kering sebelum dimasak

3. Minyak betul-betul panas


Sebelum menggoreng pastikan minyak sudah panas sepenuhnya

4. Kawalan api


Semasa menggoreng, perlahankan api untuk elak ikan bilis cepat hangus

5. Simpan dalam bekas kedap udara


Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dalam bekas kedap udara. Tutup bekas dengan segera untuk elak ikan bilis dimasuki angin

6. Jauhkan kelembapan


Elakkan menggunakan sudu yang basah sewaktu mengambil ikan bilis kerana ia boleh mengurangkan kerangupan ikan bilis

7. Ketuhar 


Ketuhar juga boleh dilakukan dengan cara yang cara untuk mendapatkan hasil yang sama rangupnya.

Caranya

1. Tuang sedikit minyak masak pada ikan bilis dan bakar dalam microwave oven. Tetapkan masa selama 1 minit. Jika masih belum garing, naikkan masa kepada 20 hingga 30 saat sehingga ikan bilis garing.

2. Jika anda tidak suka pada rasa masin ikan bilis, rendam dulu ikan bilis dan cuci hingga bersih. Keringkan selama sejam sebelum dimasukkan dalam oven. Panaskan oven pada suhu 180 darjah selama 10 hingga 15 minit dan masukkan ikan bilis. Bakar hingga ikan bilis bertukar warna perang.



Dikuasakan oleh Blogger.