Header Ads

Apabila sudah memasuki tahun baru pasti ada kenangan lama, 11 perkara viral pada tahun 2017



Pelbagai perkara mewarnai melibatkan arena hiburan tempatan.Mari kita mengimbas semula beberapa kejadian, skandal, kontroversi, kejayaan, pencapaian dan isu menarik yang berkait sekitar industri hiburan dan selebriti tempatan.

1. Yuna dicalonkan untuk BET



Penyanyi yang menempa nama di Amerika Syarikat (AS) itu, menjadi artis Malaysia pertama dicalonkan pada Anugerah BET atau Black Entertainment Television 2017.Yuna dan kejayaannya boleh dikatakan seperti tidak boleh dipisahkan.

Pada anugerah itu, Yuna dicalonkan dalam kategori BET Centric Award. Yuna tercalon untuk lagu Crush, yang turut menampilkan pasangan duetnya, penyanyi terkemuka, Usher.

2. Izara Aishah



Mei lalu tersebar sebuah klip video kurang daripada seminit memaparkan Izara Aishah berpakaian kurang senonoh sehingga mendedahkan payudaranya di laman sosial. Izara yang sedar dengan kemunculan video lama itu tampil memohon maaf dan akui malu berpakaian demikian. Ia juga disebarkan ketika dia mengumumkan berita bakal bernikah dengan anak Datuk K iaitu Adib Mohd Khalid.

3. Lagu ‘I Am Me’ Datuk Seri Vida



Kemunculan Datuk Seri Vida dalam single, “I Am Me” mencetuskan fenomena sejak dilancar pertengahan Julai lalu.Lagu itu sememangnya diterbitkan untuk menjadi viral kerana Datuk Vida sendiri akui seorang yang suka perkara yang menarik perhatian. Sehingga ke hari ini, sejak setengah tahun dikongsi di Youtube, lagu tersebut ditonton lebih 10 juta kali.

4. Berpegangan tangan



Kontroversi paling hot pada pertengahan tahun ini adalah skandal penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang mengaku salah keluar berkaraoke bersama pelakon Afifah Nasir di pusat beli-belah 1 Shamelin, Cheras.

Dia turut berasa bersalah kerana melukai hati isterinya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau Bella, 23, apabila didapati keluar dengan Afifah, 24. Apa pun, Aliff dan Bella sudah berdamai dan Afifah pula sudah “move on”.

5. Dato Siti Nurhaliza hamil



Selepas penantian 11 tahun, Datuk Siti Nurhaliza tampil dengan berita baik mengenai kehamilannya pada 13 Oktober lalu. Berita yang menggembirakan semua peminatnya itu dikongsi selepas usia kandungan mencapai 4 bulan. Berita terbaru, beliau juga merancang menggubah lagu khas bagi bayi yang bakal lahir.

6. Zizan mohon maaf 



Ingat lagi kejadian pengacara popular, Zizan Razak terlanjur cakap ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM290)? “Datuk, beli ke dapat?” menjadi topik terhangat pada ketika itu walaupun Zizan akui hanya berjenaka.

Bagaimanapun, Zizan segera menyedari kesilapannya kerana mengutarakan soalan sensitif tersebut kepada Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof dan tampil meminta maaf kepada semua pihak yang berkecil hati atas keterlanjurannya.

7. Mas Idayu,Baby Shima 



“Ada nampak mummy happy? Mummy tak nak Shima senyum! Apa yang Shima buat malam ni?” menjadi kenyataan popular selepas penyanyi Mas Idayu mengeluarkan kata-kata itu dalam sebuah rancangan realiti hiburan, D’Academy Asia musim ke-3 di Indonesia.

Mas Idayu ketika itu memarahi Baby Shima. Klip video yang viral itu, Mas Idayu menjadi buah mulut orang. Ungkapan “Ada nampak mummy happy?” menjadi “punchline” popular di laman sosial.

8. Muzik video berpuluh ribu ‘unlike’



Usahawan kosmetik yang terkenal dengan gayanya tersendiri, Datuk Aliff Syukri tampil dengan video muzik, lagu duet nyanyian beliau dan Nur Sajat, “Abang Nak Tegur”. Bagaimanapun, video yang dimuatnaik pada 23 November lalu menerima kecaman selain “unlike” di luar jangkaan.

"Kenapa org tekan button unlike kat youtube lirik video saya??,” tulis Aliff.Sehingga hari ini, video itu menerima 342,000 “unlike” dan hanya 43,000 “like”. Nur Sajat dikatakan punca netizen membenci video itu.

9. Perkahwinan Fazura dan Fattah



Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara pada hujung bulan November tahun ini. Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Fattah, sekali gus menjawab semula soalan mengenai hubungan mereka selama ini. Mereka bertunang pada 13 November di kediaman keluarga Fazura.

10. Juara Gegar Vaganza 2017


Penyanyi veteran yang pernah menggoncang seni muzik tanah air kembali lagi dalam program realiti muzik Gegar Vaganza. Aishah berjaya menewaskan 5 finalis lain iaitu Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman dan Tia Jinbara sekali gus membuktikan kelasnya yang tersendiri dalam arena muzik tempatan.

11. Sheila Majid bersuara isu kos sara hidup, Azwan selar Sheila




Selebriti kontroversi Azwan Ali menyelar tindakan penyanyi terkemuka negara, Datuk Sheila Majid yang membangkitkan keluhan berkaitan kos sara hidup rakyat. Dalam kenyataannya, Azwan akui terkejut dengan status ratu Jazz negara itu. Azwan menyelar Sheila sebagai meroyan dan merosakkan generasi baharu.

Siap dikatanya “Go to hell (pergi jahanam)” kepada Sheila.Sheila berkongsi status di laman Twitter mengenai masalah kos sara hidup dan kepimpinan yang gagal sehingga menekan masyakarat Malaysia.


Dikuasakan oleh Blogger.