Header Ads

Wanita Sarawak sahut cabaran yang sepatutnya digalas lelaki untuk mengajar di Sekolah Pedalaman,Tenom Sabah


Bukan senang tapi tidak mustahil bagi seorang wanita untuk berhadapan dengan cabaran yang mungkin mampu digalas lelaki. Namun bagi Cikgu Maya binti Yaman, hidup ini hanya perlu ditempuh bukan mengeluh.

Guru wanita berasal dari Lundu Sarawak ini ternyata meletakkan tanggungjawab dan amanah yang digalas sebagai keutamaan. Ilmu perlu disampaikan walau segetir mana cabaran dihadapi.

Cikgu Maya bt Yaman berusia 33 tahun mula melaporkan diri di SK Rundum Tenom, Sabah pada 2 Januari 2014. Guru bahasa Inggeris lulusan dari IPG Kota Bahru Kelantan ini memdapat tawaran penempatan di Sabah meskipun pada waktu itu diura-urakan akan ditempatkan kembali di negeri asal Sarawak. Namun takdir menentukan Tenom menjadi tempat pertama dia mengajar.



“Bila saya dapat tahu nama sekolah saya ditempatkan SK Rundum, saya terus mencari no telefon sekolah di dalam google, tapi ternyata tiada maklumat no telefon” kata Cikgu Maya ketika ditanya perasaan pertama kali mendapat tahu akan ke SK Rundum.

“Saya melaporkan diri ke JPN Sabah ditemani oleh abang saya. Semasa di JPN ramai guru-guru wanita yang ditempatkan di kawasan pedalaman memohon agar ditempatkan di kawasan bandar atau pinggir bandar. Permintaan ini menyebabkan pegawai menjadi ‘stress’ ” kata cikgu Maya.

Bila pegawai tersebut ditanya oleh cikgu Maya, dia disambut dengan nada agak kasar. “Kamu pun tak mahu mengajar di pedalaman juga?” kata pegawai terbabit.

“Eh tak…saya nak tahu kat mana SK Rundum…saya akan mengajar disana” jawab cikgu Maya sambil tersenyum dan disambut dgn senyuman pengawai tersebut yang berasa lega kerana Cikgu Maya tidak merungut.

Di Tenom, cikgu Maya terpaksa menunggu 8 hari sebelum dibawa ke sekolah bersama pegawai PPD Tenom dan JPN Sabah yang membuat lawatan pemantauan awal tahun.

Melihat keadaan jalan menuju ke sekolah timbul rasa risau dihati Cikgu Maya.
” Bagaimanalah kalau jadi apa-apa kecemasan …jauhnya dari keluarga” getus hatinya sendirian.




Setiba di SK Rundum segala rasa gundah gulana diganti dengan kekaguman akan keindahan bumi Rundum yang terletak di tanah tinggi ini. Suhu disini boleh mencecah hingga 12° celcius pada waktu tengahari.


Dingin dan nyaman membuatkan SK Rundum memiliki persekitaran yang sangat cantik dan indah. Pokok-pokok pinus dan paku gajah tumbuh subur melatari sekolah yang mampu memberikan kedamaian pada guru-guru yang mengajar di situ.


Cikgu Maya faham sebagai seorang wanita beliau perlu bertindak berani dan tidak menyusahkan orang lain. Tambahan pula hanya beliau dan Cikgu Chiang Ket Yung sahaja guru perempuan sekolah tersebut.

Ternyata sebagai guru kadangkala beliau terpaksa menghadiri kursus lebih-lebih lagi beliau guru bahasa Inggeris, terlibat dengan program Linus bahasa Inggeris jadi kekerapan untuk dipanggil berkursus tidak dapat dielakkan.

Namun beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dalam urus menghantar dan mengambil membuatkan beliau membeli motorsikal Scrambler sendiri. Cikgu Maya memiliki sebuah Kawasaki KSR110 yang menjadi tunggangannya setiap kali turun berkursus atau pulang ke rumah transit di Tenom.


Namun satu kejadian yang agak menakutkan akhirnya berlaku keatasnya apabila semasa beliau dan 2 orang rakan guru turun dari SK Rundum untuk ke Tenom bagi menghadapi kursus telah terlibat dengan kemalangan.

Cikgu Maya tercedera selepas motorsikal scramblernya terbabas semasa menuruni bukit. Ini menyebabkan pehanya cedera dan selepas tiba di Tenom dia dikejarkan ke hospital dan dirawat selama 4 hari.


Akibat kejadian tersebut keluarga tidak membenarkan Cikgu Maya menggunakan motorsikal lagi untuk menghadiri kursus di Tenom. Namun kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbakti di SK Rundum.

Selain kejadian kemalangan itu, cikgu Maya turut berkongsi pengalaman menarik kereta pacuan 4 roda yang tersangkut semasa membawa mereka ke sekokah.


“Hanya insan-insan terpilih sahaja yang mampu berada disini untuk mengalas tanggungjawab yang diamanahkan” jelas Cikgu Maya yang juga merupakan peminat tegar pasukan EPL Arsenal (sama macam cikgu Emmet jugak😂).

Beliau juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap murid-muridnya yang terdiri dari kaum Murut.


“Mereka semua rajin dan bersemangat ke sekolah, namun semua itu dibantu oleh ibubapa yang cukup perihatin terhadap anak-anak mereka”, jelas cikgu Maya.

Hampir 4 tahun di SK Rundum cikgu Maya merasakan dirinya sebahagian keluarga kalangan penduduk disini. Cuma beliau sedikit terkilan kerana tidak dapat menonton pasukan Arsenal yang amat diminatinya bermain menerusi Astro kerana tiada kemudahan tv satelit tersebut di sekolahnya.


Namun pandangan terhadap orang kampung sangat positif. “Orang kampung Rundum tidak lokek membantu kami guru-guru disini. Mereka akan terlibat dalam banyak aktiviti sosial seperti gotong-royong, sukaneka dan PIBG” jelas cikgu Maya lagi.

Bila diajukan soalan apakah beliau sudah mengisi borang untuk berpindah, cikgu Maya menjawab. “Belum pernah isi lagi, mungkin kalau dah bersuami saya akan mohon berpindah juga. Tapi sekarang jodoh saya masih sesat..” jawabnya sambil ketawa.


Demikianlah cekalnya guru wanita sumber cikguemmet dari Kampung Stunggang Melayu Lama Lundu ini menabur bakti dibumi Tenom Sabah.



Dikuasakan oleh Blogger.