Header Ads

Untuk menghiburkan hati sendiri, remaja ini telah melakukan 50 pembedahan untuk kelihatan seperti angelina Jolie



" Saya melakukannya untuk menghiburkan diri saya". Remaja yang mendakwa dia membuat 50 kali pembedahan untuk kelihatan seperti Angelina Jolie mengakui bahawa berita mengenainya adalah sebuah PEMBOHONGAN.

Sahar Tabar membuang gambarnya selepas pakar foto mendakwa dia mengubah gambar menggunakan photoshop apabila mereka melihat kabur di latar belakang gambarnya.

Seorang remaja yang mendakwa dia mempunyai '50 pembedahan' untuk membuatnya kelihatan seperti Angelina Jolie mengakui ia adalah satu pembohongan.




Perempuan yang berusia 19 tahun itu menjelaskan bahawa dia mencipta "mayat pengantin" melalui photoshop dan kesan solek.

Dia memberitahu: "Sekarang saya dapat melihat bahawa saya mempunyai sesuatu yang sama dengan ( Angelina Jolie ), tetapi saya hanya menghiburkan diri saya, dan kelihatan seperti seseorang adalah bukan matlamat saya.

"Saya mengubah wajah saya agar kelihatan lebih seronok dan lucu, ia adalah satu bentuk ekspresi diri, sejenis seni," katanya. "Peminat saya tahu bahawa ini bukan wajah saya yang sebenar".


Di atas merupakan wajah sebenar Sahar Tabar.

Sahar mendakwa dia mengamalkan diet sehingga dia dapat mencapai berat 40 kilogram untuk mencontohi bintang kegemarannya.

Walau bagaimanapun, pengguna di media sosial seperti Twitter membuat ejekkan mengenai wanita itu yang mempunyai lebih daripada 300k pengikut di laman sosial Instagram.

Mereka mengatakan dia kelihatan lebih seperti "Corpse Bride" Tim Burton daripada pelakon Hollywood yang terkenal iaitu Angelina Jolie.

"Kamu kelihatan seperti orang mati, " kata seorang pengguna media sosial Twitter.

Seorang lagi menambah: " Saya sangat keliru - adakah ini kostum Halloween?"




Dikuasakan oleh Blogger.