Header Ads

Tak Tukar Cadar 5 Tahun, Kutu Bertelur Di Mata



Kalau nak tengok peribadi seseorang, kita boleh tengok tahap kebersihan mereka macam mana. Kalau orang tu pengotor agak-agak peribadi mereka pun bersih tak?

Baru-baru ini, kisah seorang wanita yang tidak ambil kisah tentang kebersihan mendatangkan kemudaratan pada dirinya sendiri.

Wanita yang dikenali sebagai Xu dari Hubei, China terpaksa dikejarkan ke hospital apabila matanya mengalami bengkak dan gatal-gatal luar biasa.

Menurut laporan World Of Buzz, wanita tersebut telah mengalami kegatalan dan kemerahan di matanya sejak dua tahun yang lalu. Namun, dia hanya menggunakan ubat mata biasa untuk menghilangkan rasa kurang selesa itu.


Namun dua minggu lalu, keadaan matanya semakin teruk. Selepas melakukan pemeriksaan, rupanya ratusan kutu hama memenuhi bulu matanya yang menyebabkan bulu mata Xu melekat dan membengkak.

Doktor terpaksa menggunakna mikroskop untuk melihat lebih dekat keadaan mata Xu dan terkejut apabila mendapati lebih 10 ekor kutu hama di setiap helaian bulu matanya.



Doktor yang merawatnya mengganggarkan lebih 100 ekor kutu hama yang ‘tinggal’ di setiap mata wanita itu.

Rupanya, Xu mengakui dia tidak pernah menukar cadar bantalnya sejak lima tahun yang lalu sekaligus membuatkan kutu tersebut berpindah ke bulu matanya.

Dikuasakan oleh Blogger.