Header Ads

Suami cuba mempertahankan isteri, mati akibat ditikam dan digilis di Taman Pelangi


Pada jam 7.30 malam, seorang mangsa yang berusia lingkungan 30-an meninggal dunia akibat ditikam dan digilis sebuah kereta selepas diserang di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, pada 17/12/2017.

Datuk Mohd Khalil Kader Mohd,Ketua Polis Johor, berkata sejurus kemudian datang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih menghampiri kereta mangsa.

Sebelum itu, mangsa bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta.

"Suspek yang dipercayai keluar dari kereta dan menarik isteri mangsa sebelum wanita terbabit berjaya menyelamatkan diri.

"Lelaki mangsa cuba mempertahankan isterinya kemudian bergelut dengan seorang daripada suspek sebelum suspek yang lain melanggar mangsa sebanyak dua kali," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Lihat video disini


Datuk Mohd Khalil berkata, suspek kemudiannya membaling mercun bagi menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum melarikan diri.

"Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

"Sesiapa mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian  07-2212999 dengan kadar segera," katanya.

Polis memohon orang ramai yang terlihat atau mengesan kedudukan suspek yang menaiki kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB 79 L untuk tampil membantu siasatan.



Dikuasakan oleh Blogger.