Header Ads

Situasi isteri rasa tidak dihargai itu boleh terjadi, lagi kalau suami ada 8 tabiat buruk ini


Wanita biasanya mendirikan rumah tangga dengan tanggapan mereka tidak akan rasa diabaikan lagi . Tapi hakikatnya, situasi isteri rasa tidak dihargai itu boleh terjadi, lebih-lebih lagi kalau suami ada 8 tabiat buruk ini.

Wanita ini emosinya lemah. Mereka boleh rasa insecure dalam pelbagai perkara. Memang keyakinan diri seorang isteri tak terletak sepenuhnya di bahu suami.

Tapi suami juga harus bijak mengemudi rumah tangga agar tidak melukakan hati isteri. Ini antara 8 tabiat buruk suami yang membuatkan isteri rasa tidak dihargai dan anggap diri mereka “buruk” di mata suami:

1. Suami tak nampak sebarang kelainan yang dibuat isteri

Wahai suami, ketahuilah, isteri amat memandang berat segala pendapat. Jadi apabila dia membeli baju baru atau menukar stail rambutnya, respons dari anda adalah benda yang paling dia tunggu-tunggu.

Suami pula biasanya susah nak perasan sebarang perubahan “kecil” yang dibuat si isteri ini. Tugas anda sebenarnya adalah menumpu perhatian padanya.

Jika anda nampak sebarang kelainan, puji saja isteri. Dia pasti seronok anda nampak kelainan yang dia ubah.

2. Suami tak mahu mendengar

Apabila isteri mahu bercakap dengan anda, dengarlah apa yang dia ingin cakapkan. Pastikan juga anda memandang matanya. Tahan rasa nak scroll timeline dan semak handphone anda itu.

Ingatlah, isteri anda ini adalah pasangan sehidup semati yang telah anda pilih. Pasti dia lebih penting berbanding semua emel dan newsfeed Facebook atau Instagram yang ada.

3. Puji wanita lain banyak kali sangat

Tak salah kalau suami memuji kekuatan dan keberanian wanita lain. Tapi kalau anda terlebih memuji wanita itu, isteri anda pasti akan memikirkan anda tengah “membandingkan”nya dengan wanita lain.

Anda tak mahu perang dan tidur di luar, kan? Jadi sila buang tabiat buruk ini! Tidaklah isteri rasa tidak dihargai lagi.

4. Tengok wanita lain macam nak telan orang!

Memang menjadi lumrah, kita akan tertarik pada kecantikan. Memandang kecantikan wanita lain mungkin tidak boleh diubah, tapi demi isteri anda, tolonglah… Jangan tengok wanita lain macam anda nak telan orang!

Tak kisahlah macam mana anda cover nak tengok wanita lain pun, si isteri akan tahu bila anda buat perangai itu. Anda mahu ke kalau isteri pandang dan puji lelaki lain yang lebih handsome dari anda?

5. Tengok pornografi

Menonton pornografi akan menyebabkan wanita fikir dirinya “tak cukup bagus” untuk si suami. Memang ada isteri yang membenarkan suami menonton porno, tapi mereka sebenarnya terluka dan rasa tidak dihargai.

Walaupun suami pandai sorok-sorok tengok porno, tapi porno ini sebenarnya tidak sihat. Ia mampu merosakkan rumah tangga anda!

Menurut kajian Fight the New Drug, pengkaji mendapati lelaki yang banyak menonton pornografi akan rasa semakin kurang mencintai pasangan, dan lebih gemar mengkritik prestasi seksual atau penampilan pasangan.

6. Hanya sentuh isteri bila anda mahukan seks

Tahukah anda, isteri sebenarnya amat menghargai pelukan dan ciuman di dahi yang anda jarang beri itu? Ia sebenarnya lebih intim berbanding seks.

Jadi anda sebagai suami pun kenalah bijak memberitahu isteri yang dia amat dihargai, tapi bukan dengan seks saja! Isteri kena tahu dialah insan sehidup semati yang paling anda hargai, walaupun ketika anda tiada mood.

7. Jarang puji isteri dengan kata-kata manis

Kalau anda rasa isteri nampak cantik, beritahu dia. Kalau anda rasa anda amat hargai apa yang isteri buat untuk keluarga anda, beritahu dia.

Jangan ingat isteri tahu semua benda yang anda fikirkan. Kadang-kadang, isteri juga nak dengar sedikit kata-kata manis atau pujian agar mereka rasa dihargai dan dicintai pasangan.

8. Tak cuba goda isteri dulu

Kalau isteri anda saja yang asyik memulakan langkah pertama jika dia mahu beraksi di ranjang, lama-lama isteri anda akan fikir dia ini mungkin kurang cantik. Selepas itu mulalah isteri rasa tidak hargai.

Memang bukan mudah nak ubah 8 tabiat buruk ini dalam sekelip mata. Tapi kalau anda cuba, pasti anda boleh mengubahnya kelak.

Anda pasti tak mahu mereka rasa tidak dihargai atau lebih buruk, mesti tak mahu mereka anggap yang diri mereka itu mungkin “buruk” dan “tak menarik” di mata suami!
Dikuasakan oleh Blogger.