Header Ads

Sebolehnya kita mahu melawat tempat menarik di dunia, Ini 7 tempat menarik yang dilarang melawat



Berikut merupakan tempat-tempat yang hanya boleh dilihat melalui gambar sahaja.

1. Bohemian Grove, Amerika Syarikat.


Dengan keluasan 11 kilometer persegi dan dikenali sebagai The Bohemian Club. Sejak 1899, orang yang paling dihormati di seluruh dunia akan datang ke sini setiap bulan Julai. Bermula dari 1923, semua presiden dari parti Republikan (dan beberapa dari parti Demokratik), tokoh politik, ahli perniagaan, usahawan, artis dan saintis menjadi ahli kelab ini. Selama lebih dari 100 tahun, aktiviti kelab telah dirahsiakan. Terdapat banyak khabar angin dan teka teki; sesetengah orang menggangap bahawa Bohemian Club adalah kerajaan dunia baru. Wartawan tidak dibenarkan masuk ke situ.

2. HAARP, Amerika Syarikat


Dipasang di Alaska pada tahun 1997, medan antena ini terletak di lembah yang tidak didiami, dan kawasannya adalah sebesar 13 hektar. HAARP adalah sasaran ahli konspirasi teori, yang mendakwa objek ini dapat menyumbang kepada perubahan iklim, mematikan satelit dan mengawal minda manusia. Mereka juga pasti bahawa alat ini boleh menyebabkan gempa bumi, kemarau, taufan, banjir dan juga wabak.

3. Kronstad, Russia.


Pekan ini yang dibina untuk mempertahankan Saint Petersburg, menarik banyak pelancong dengan benteng lama yang berfungsi sebagai tempat pertahanan. Setiap kubu mempunyai sejarahnya sendiri dan nama yang unik iaitu Kronshlot, Citadel, Prince Menshikov dan sebagainya.

4. Georgia, Amerika Syarikat.


 Peti besi dimana terletaknya rahsia Coca Cola. Dikatakan bahawa hanya 2 orang yang tahu rahsia minuman lagenda ini, dan peti besi ini berpindah tempat di dalam berbagai pesawat. Resepi disimpan di ibu syarikat di bawah kunci berteknologi tinggi yang tidak dapat diakses oleh mana mana manusia.

5.  Oymyakon, Rusia.


Merupakan tempat paling sejuk didunia dengan bersuhukan -90.1 darjah Fahrenheit.

6. Karakoram Highway


Lebuh raya ini menghubungkan Pakistan dan China pada ketinggian 15,466 kaki ( 5 kilometer). Walaupun pemandangannya yang menakjubkan, lebuh raya ditutup kerana tanah runtuh dan gelongsoran.

7. Pulau Ular, Brazil.


Tiada siapa yang tinggal di pulau ini yang berada di Lautan Atlantik dan hanya ada sebuah rumah api automatik sahaja, Terdapat banyak ular beracun disini, termasuk lancehead emas, salah satu reptilia berbisa yang paling berbahaya di dunia. Pihak berkuasa Brazil melarang sesiapa pun pergi ke sana dan telah menjadi tempat perlindungan hidupan liar.

Dikuasakan oleh Blogger.