Header Ads

Sarawak merupakan salah sebuah negeri di Kepulauan Borneo, 9 keunikan Sarawak yang kita tidak tahu



Beberapa keunikan Sarawak yang mungkin ramai terlepas pandang.Ramai rakyat Malaysia sudah menjejakkan kaki ke luar negara tapi,masih ada juga yang masih belum menjejakkan kaki ke tanah borneo ini.

1. Pertama di Malaysia tersenarai dalam UNESCO


Sarawak masih mempunyai banyak khazanah alam untuk diterokai, seperti ‘sea stack’ yang terdapat di taman negara Bako, Kuching dan juga tanah tinggi di borneo highlands. Sekali pandang, nampak macam di luar negara

Taman negara gunung mulu adalah terlebih dahulu telah memiliki status tapak bersejarah dunia oleh unesco sejak tahun 2000, bersama taman negara Gunung Kinabalu pada tahun yang sama. Sebelum george town dan Melaka dan Lenggong.

2. Paling banyak sekolah asrama


Dari segi pendidikan ,Sarawak mempunyai paling banyak asrama. Asrama ini bukan saja MRSM atau sekolah berasrama penuh, tetapi kebanyakannya terletak pada sekolah rendah harian.

Sekolah harian berasrama di Sarawak mencatatkan jumlah yang tertinggi menurut statistik kementerian pendidikan malaysia, iaitu 40% daripada jumlahnya di seluruh malaysia.Sejak sekolah rendah lagi, anak-anak ini telah dihantar ke sekolah berasrama kerana lokasinya yang jauh dari rumah.

3. Tiada cuti deepavali


Walaupun kaum india merupakan kaum ke-3 paling ramai di malaysia, tetapi di Sawarak kita akan hanya nampak kelibat bangsa india ini di Kuching atau sekitar india street.

Jadi, mungkin sebab itulah Sarawak menjadi satu-satunya negeri dalam Malaysia yang tidak mengisytiharkan hari deepavali sebagai cuti umum di negeri tersebut.

4.  25 lapangan terbang


Oleh kerana bentuk muka buminya yang masih belum diterokai sukar untuk menghabiskan pengembaraan anda di Sarawak dalam 1-2 hari.Dari segi pengangkutan, pengangkutan darat masih lagi menjadi sistem utama untuk menghubungkan sesuatu tempat.

Namun, di sesetengah tempat terpencil, masih lagi bergantung kepada penggunaan feri atau sampan sebagai satu-satunya laluan untuk menyeberanginya.Kalau nak paling cepat, kenalah gunakan laluan udara. Maka, bilangan lapangan terbang juga paling banyak di Sarawak iaitu 25 buah. Tapi, biasa digunakan oleh orang awam terdapat di Kuching, Bintulu, Sibu, dan Miri.

5. Sistem rumah panjang


Beroperasi sejak 2013, bangunan ini turut menerima anugerah platinum dalam GBI(green building index).Di kawasan luar bandar, sistem rumah panjang masih lagi wujud meskipun kebanyakannya telah dibina secara moden.senibinanya ucts sangat futuristik dan boleh dianggap sebagai salah satu hasil bangunan paling moden di malaysia, lengkap dengan ciri-ciri bangunan hijau.

6. Pelbagai bahasa & dialek peribumi


Umumnya di malaysia kita terkenal dengan masyarakat berbilang bangsa. Tetapi di Sarawak ini unik kerana bahasa iban masih kukuh digunakan bukan saja dipakai dalam kegunaan harian, tetapi juga dalam papan notis, surat khabar, dan majalah-majalah ‘mainstream’.

Selain itu, bahasa melayu Sarawak juga digunakan secara meluas oleh ramai yang lain selain bahasa cina dan bahasa peribumi yang lain. Sarawak diumumkan sebagai negeri pertama yang bakal menggunakan bahasa inggeris dalam urusan rasmi kerajaan.

7. Gerai makanan muslim & non-muslim bawah satu bumbung


Memang Sarawak terkenal dengan makanan unik dan sedap seperti mee kolok, manuk pansuh, midin belacan, laksa Sarawak, kek lapis, umai, dan macam-macam lagi.

Tapi, yang uniknya ialah terdapat gerai-gerai non-muslim yang mempunyai bahagian tertentu khusus untuk menjual makanan halal. Jadi, tiada masalah kalau rakan-rakan berbangsa iban, melayu, cina, atau melanau nak makan semeja

Mereka ini sangat rapat antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Sukar juga untuk mengenalpasti  yang mana melayu, iban, cina, atau sebagainya.

8. Kepadatan penduduk paling rendah di Malaysia


Keluasan negeri Sarawak sendiri hampir menyamai keluasan semenanjung malaysia. Tapi, kalau nak dibandingkan kepadatan populasinya, negeri ini mencatatkan nilai yang terendah.

Menurut jabatan penerangan malaysia, statistik tahun 2010 menunjukkan kepada populasi setiap km persegi hanyalah 19 orang.jauh bezanya dengan Kuala Lumpur yang mempunyai lebih 6000 orang setiap km persegi.

9. Ada produk sendiri


Di semenanjung, mungkin anda biasa dengan rangkaian makanan seperti MCD, KFC, atau pizza dan macam-macam lagi rangkaian besar. Tapi, lagi senang nak cari sugarbun atau scr berbanding dengan MCD yang hanya ada beberapa cawangan, walaupun di bandar besar.

Sebenarnya, mereka patut bangga kerana kebanyakan jenama yang bertapak di Sarawak merupakan jenama tempatan yang diusahakan oleh anak Sarawak. Boleh dikatakan ‘self-sustained’ juga ekonomi mereka. Selain itu, banyak kedai rangkaian lain yang hanya dapat dijumpai di Sarawak seperti supersave, 100%, dan cck.



Dikuasakan oleh Blogger.