Header Ads

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia, berikut kesemua etnik dan suku kaum di Sarawak


Negeri Sarawak merupakan negeri yang paling besar di dalam Negara Malaysia iaitu mempunyai seramai kira kira 2.07 Juta orang penduduk secara keseluruhan sehingga tahun 2016.

Kuching merupakan sebuah bandaraya yang merupakan Pusat atau Ibu Negeri Sarawak yang menempatkan kira - kira 500,000 orang penduduk yang terdiri dari berbilang bangsa dan suku kaum bumiputera dan juga bukan bumiputera.

Kepelbagaian Etnik dan suku kaum ini menampakkan kemajmukan penduduk di Negeri Sarawak yang mempunyai kira kira 27 Etnik yang hidup dalam semangat harmoni dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan antara satu dengan yang lain.

Kesemua etnik dan suku kaum ini mempunyai bahasa,kebudayaan dan cara kehidupan yang tersendiri termasuk juga perihal adat nya yang unik mengikut suku kaum.

Etnik suku kaum yang diterdapat di Sarawak juga boleh dibahagikan mengikut penempatan seperti pantai persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di kawasan dataran pantai, lembah - lembah sungai.

Berikut merupakan senarai etnik dan suku kaum yang terdapat di Negeri Sarawak



SUKU - KAUM DI SARAWAK SECARA UMUM

Iban
Cina
Melayu
Bidayuh
Melanau
Kayan
Kenyah
Lun Bawang
Penan
Kelabit
Kedayan
Bisaya
Berawan
Lahanan
Sekapan
Kejaman
Punan
Baketan
Ukit
Sihan
Tagal
Tabun
Saban
Lisum
Longkiput
Kadazandusun
Murut

Melihat secara lebih dalam Peribumi dan suku - kaum di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang boleh di pecahkan kepada senarai - senarai yang berikut.

SUKU KAUM BUMIPUTERA

Dayak
  • Iban (Dayak Laut)
    • Sebuyau (Iban Sebuyau)
    • Remun (Iban Remun)
    • Balau (Iban Balau)
    • Saribas (Iban Saribas)
    • Iban Ulu Ai
    • Iban Undup
    • Iban Rajang
  • Bidayuh (Dayak Darat)
    • Biatah - Padawan
    • Bukar/Sadong - Serian
    • Jagoi/Singai - Bau
    • Selakau/Lara - Lundu
  • Melayu Sarawak
    • Brunei (Melayu Brunei)
    • Dayak Muslim
    • Melayu Sumatera
  • Melanau
    • Melanau Mukah
    • Melanau Dalat
    • Melanau Oya
    • Melanau Matu-Daro-Rejang
    • Melanau Ba'ie (Bintulu)
    • Melanau Balingian
    • Melanau Miri
    • Melanau Igan
  • Orang Ulu:-
    • Kayan
    • Kenyah
    • Kajang
    • Kejaman
    • Punan
    • Ukit
    • Penan
    • Lun Bawang
    • Lun Dayeh
    • Murut
    • Berawan
    • Kelabit
  • Bisaya
  • Kedayan


SUKU KAUM BUKANBUMIPUTERA 

Cina

Suku Hokkien
Suku Hakka
Suku Yue (Kantonis)
Suku Hainan
Suku Hoklo
Suku Hui
Suku Henghua
Suku Peranakan
Suku Teochew
Suku Lu

India

Suku Tamil
Suku Bengali
Suku Gujerati
Suku Malayali
Suku Sinhala
Suku Telugu
Suku Punjabi

Kaum Peranakan

Baba dan Nyonya
Chetty

Senarai suku kaum yang disenaraikan di atas adalah antara etnik dan suku kaum bumiputera dan bukan bumiputera yang terdapat di Negeri Sarawak yang terkenal dengan gelaran lain ,Bumi Kenyalang.

Ini adalah kerana di Borneo terutama di Negeri Sarawak yang terdapat banyak burung kenyalang yang menjadi simbol kebanggan seluruh rakyat Negeri Sarawak.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Ramai yang belum berkunjung ke Sarawak memberikan pandangan yang kurang tepat kepada Negeri Sarawak dengan membayangkan Negeri Sarawak adalah negeri yang mundur sehingga ada yang beranggapan Sarawak masih mengamalkan adat berumah di atas pokok dan penduduknya memakai cawat.

Ya mungkin dinafikan bahawa ianya adalah gambaran kepada negeri Sarawak untuk beribu Tahun yang lepas semasa zaman nenek moyang kami.

Namun pada hari ini setelah melalui pembangunan yang sejajar dengan perkembangan dan kemodenan penduduk Masyarakat kami di Sarawak telah turut melalui zaman pemodenan yang seiring dengan perkembangan semasa.

Turut tidak dinafikan sejarah Pahlawan Dayak di Negeri Sarawak yang terkenal dengan Budaya memenggal kepala pada suatu ketika dahulu.

Namun harus di ketahui bahawa mereka - mereka yang dipenggal kepada merupakan pihak musuh, pengkhianat atau penceroboh di suatu suatu kawasan dan peristiwa peperangan di di suatu ketika dahulu.pada masa kini,bekas - bekas peristiwa sejarah pemenggalan kepada tersebut masih dapat di lihatr dikebanyakkan rumah - rumah adat dan rumah - rumah panjang sebagai simbol peringatan dan juga menitipkan pesan kepada generasi mendatang akan semangat kepahlawan yang mengalir dalam memperjuangkan kedaulatan tanah negeri Sarawak dan  juga kaum serta bangsa.Malah pepatah "Agi Idup Agi Ngelaban " masih begitu kukuh dan kuat menjadi cogan kata yang menjadi azimat akan semangat perjuangan untuk seluruh rakyat Sarawak.

Kepada yang belum pernah berkunjung ke Sarawak bolehlah mengunjungi Negeri Sarawak untuk melihat sendiri keindahan dan kecantikan negeri Sarawak.

Selain itu keindahan dan kecantikan masyarakat pelbagai kaum sering menarik perhatian di mana - mana sahaja terutama Masyarakat peribumi Sarawak yang dikatakan antara yang tercantik di rantau ini.Berikut saya kongsikan warna warni wajah - wajah Masyarakat Peribumi dan Suku kaum di Negeri Sarawak.
Dikuasakan oleh Blogger.