Header Ads

Rumah paling mahal di dunia, sebuah mahligai megah dan mewah Chateau Louis XIV


Misteri rumah paling mahal di dunia kini telah terbongkar dengan pendedahan terbaru dan eksklusif. Ia menceritakan perihal sebuah mahligai megah dan mewah yang boleh dijumpai di bahagian utara Perancis berdekatan dengan Versailles. Memperkenalkan, Chateau Louis XIV.

Pernah menjadi antara lokasi pilihan perkahwinan Kim Kardashian West, Chateau istimewa ini turut menawarkan parit yang besar, kelab malam bawah tanah, sebuah ballroom, sebuah labirin, bilik bawah air dengan dinding kaca dan sebuah pawagam khas.

Rumah agam ini mempunyai sejarah yang menarik kerana ia menyerupai rumah agam yang sama daripada abad ke-17. Namun rumah asal itu telah dirobohkan dan dihasilkan semula pada tahun 2011 demi memodenkan ciri-ciri rumah ini dengan perincian menarik. Malah antara fungsi rumah ini adalah ia boleh dikawal menggunakan iPhone. Harganya? USD$300 juta.



Sejak dibeli pada tahun 2015 dengan harga sebegitu rupa, tiada siapa mengetahui siapakah pemilik bertuah yang berupaya untuk membeli rumah tersebut. Namun baru-baru ini New York Times telah berjaya membongkar identiti pembeli rumah menakjubkan ini yakni waris kepada takhta Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman. Seorang putera yang dikenali dengan visinya untuk memodenkan negaranya, Putera Mahkota Mohammed juga dikenali dengan tabit belanjanya yang menggerunkan. Tabiatnya ini juga pernah dikhuatiri ramai.

Antara pembelian tidak masuk akal yang pernah dibuat oleh Putera Mahkota Mohammed adalah sebuah lukisan Leonardo da Vinci's Salvator Mundi yang dibeli pada harga $450 juta dan sebuah yacht dengan dua kolam renang berharga $500 juta.

Kredit : Eh
Dikuasakan oleh Blogger.