Header Ads

Rambut merupakan mahkota bagi semua orang jadi ia memerlukan penjagaan rapi, 5 perkara merosakkan rambut



Semua orang mahu mempunyai rambut yang cantik, kuat dan berkilat.  Elakkan melakukan perkara perkara yang berikut:

1.       Menunggu terlalu lama untuk ‘trim’ atau memotong rambut


Sekiranya rambut anda kelihatan tidak kemas, kusut dan mempunyai banyak simpulan – mungkin anda perlu untuk ‘trim’ dan memotong rambut anda terutamanya jika anda mempunyai rambut panjang.

2. Menyikat rambut ketika basah


Apabila rambut anda basah, ia menjadi lebih mudah untuk rosak.

3. Menggunakan sikat yang kotor


Apabila anda menyikat rambut, banyak kuman dan kulit mati yang melekat di berus anda. Kulit mati adalah tempay yang sempurna untuk bakteria membiak. Selain itu, ia boleh memindah balik ke kulit kepala, jika anda tidak membasuh sikat kepala anda dengan kerap.

4. Membasuh rambut terlalu kerap dan menggunakan air panas



Kelenjar di kulit kepala menghasilkan minyak semula jadi. Pendandan rambut mengesyorkan mencuci rambut anda dua kali seminggu atau tiga kali jika anda mempunyai rambut yang sangat berminyak.

5. Mengikat rambut dengan ketat



Jika anda mengikat rambut dengan ketat, ia akan merosakkan rambut anda kerana anda mengikat rambut anda dari akarnya.
Dikuasakan oleh Blogger.