Header Ads

Ramai yang tidak tahu tentang diri mereka, ini 6 tanda kemurungan yang mungkin anda alami



Kemurungan adalah penyakit yang sangat serius. Ia boleh dikelirukan dengan keletihan biasa, tetapi boleh disembunyikan dengan menjadi seorang yang workaholism atau sebaliknya. Kesedihan dan kehilangan kekuatan fizikal dan moral adalah salah satu ciri ciri penyakit ini. Hanya doctor yang boleh mendiagnosis kemurungan dengan betul, tetapi anda boleh melihat gangguan emosi ini sendiri.

1. Pemikiran falsafah


Orang yang menderita depresi tersembunyi biasanya cuba membincangkan topic falsafah menggunakan ayat abstrak. “ Perkara-perkara macam tu selalu berlaku kepada saya” dan bukannya “Saya tidak cukup tidur”. Seseorang yang mengalami kemurungan suka bercakap tentang makna kehidupan, dan mereka bercakap mengenainya sepanjang masa. Kata-kata mereka sering menjadi abstrak dan samar-samar.

2. Mencari alasan

Orang yang kemurungan sering menggunakan alasan untuk menyembunyikan keinginan dan kesedihan sebenar mereka. Contohnya, mereka membuat cerita mengenai kenapa mereka tidak boleh pergi ke pesta ulang tahun rakan atau mengapa mereka tidak boleh tinggal bersama rakan sekerja. Mencari alasan supaya tiada mengganggu sesiapa pun  dengan keadaan emosi mereka.

3. Kurang reaksi dari segi emosi

Orang yang mengalami kemurungan boleh mentafsirkan reality di sekitarnya dengan cara yang berbeza. Mereka boleh bersetuju dengan semua orang, berhenti menyatakan pendapat dan keinginan mereka atau tidak merasa sakit walaupun tidak dapat dielakkan. Misalnya, apabila mereka kehilangan saudara dan tidak merasa apa-apa.

4.  Penampilan tidak kemas


Kemurungan memberi kesan kepada penampilan seseorang. Jika seseorang tidak menjaga kebersihan,anda mempunyai sebab untuk bertanya samaada mereka OK atau tidak. Ini boleh digunakan untuk seseorang yang tidak pernah mengalami masalah penampilan.

5. Perubahan  produktiviti

Ini juga merupakan salah satu tanda tanda depresi. Seseorang tidak dapat menjalankan tugas harian mereka, sering menjadi letih dan merasakan tidak kepastian dalam tindakan mereka. Ia juga boleh menjadi sebaliknya, sebagai contoh seorang yang tidak aktif menjadi workaholics dengan jadual yang padat.

6. Kebahagiaan Ostentatious



Manusia sering menyembunyikan kemurungan mereka di sebalik suasana positif. Dengan ini, mereka kelihatan seperti orang yang paling bahagia dan paling riang di dunia. Mereka mengelakkan perbualan yang serius.
Dikuasakan oleh Blogger.