Pelbagai Keajaiban Dunia berlaku di sekeliling kita , 6 fenomena pelik yang berlaku di serata dunia

Bumi kita mempunyai banyak perkara-perkara pelik yang
berlaku tanpa kita sedari. Berikut antara fenomena pelik yang berlaku di serata
dunia:
1. “Mata” Sahara

Juga dikenali sebagai Struktur Richat, ia
kelihatan seperti mata lebar yang luas. Dengan diameter 40km, struktur seperti
kubah yang terkikis ditafsirkan sebagai kesan asteroid.
2. Bioluminescent yang mekar

Bioluminescent yang mekar di Hong Kong yang
juga dikenali sebagai pantai berkilau, dikatakan telah terbentuk akibat
pencemaran dari lading, yang boleh mengakibatkan kehidupan laut mati. Walaupun
ia kelihatan cantik, ia amat membimbangkan kepada penduduk setempat.
3. Gunung pelangi di China

Terletak di Zhange Danxia Landform
Geological Park, ini adalah ciptaan indah yang semulajadi. Diisytiharkan
sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 2009, dikatakan gunung tersebut
mendapat warna dari mineral, besi oksida dan bahan-bahan lain.
4. Pohon “membongkok”

Pada pandangan pertama, mereka kelihatan
seperti dari filem Harry Potter atau kisah dongeng. Diusahakan pada tahun 1930,
terdapat kira-kira 400 pokok pain yang membongkok kearah utara. Dan ia masih
menjadi misteri mengapa mereka seperti itu.
5. Air terjun “darah”

Ditemui pada tahun 1911 oleh ahli geologi
Australia, Griffith Taylor, air terjun ber”darah” akibat dari besi teroksidasi
dalam air masin yang tebal.
6. Gunung berapi Ijen

Gunung berapi Ijeny yang terkenal dengan lava
biru adalah salah satu keajaiban alam. Terletak di Jawa Timur, Indonesia ia
adalah sekumpulan gunung berapi komposit. Warna biru terang adalah hasil
daripada pembakaran gas sulfur pada suhu yang tinggi di atas 360C. Oleh kerana
gas-gas ini bersentuhan dengan oksigen yang hadir di udara, mereka menjadi
biru.