Header Ads

Pelbagai bandar menarik boleh dilawati, berikut merupakan 5 bandar popular yang mungkin membahayakan kepada pelancong




Anda hendaklah berhati hati apabila berada di negara asing terutamanya jika anda tidak memahami bahasa dan budaya sesebuah negara tersebut. Risiko untuk keracunan makanan dan kehilangan dompet adalah sangat tinggi apabila berada di negara yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

1. Barcelona, Sepanyol.


Barcelona adalah salah satu tempat yang terkenal dengan penyeluk saku. Diikuti dengan Rom, Prague dan Paris. Kebanyakan kecurian berlaku di jalan utama Bandar: La Rambla. Mereka boleh mencuri wang atau barangan anda di pantai, pengangkutan awam, dan juga dari bilik hotel anda.

2. Kaherah, Mesir


Kaherah adalah sebuah bandar lagenda dan ianya sangat kontra dengan resort-resort Mesir. Pertama, ia adalah salah satu bandar yang berbahaya kepada wanita. Kedua, keadaan politik yang sering berlaku konflik di sesetengah tempat. Akhirnya, dan kemungkinan besar berates-ratus orang akan cuba menipu anda tanpa henti.

3. Pattaya, Thailand


Keracunan makanan sangat kerap berlaku di Pattaya, kota yang sangat kotor tetapi masih popular di kalangan pelancong. Makanan yang sering menyebabkan anda keracunan makanan adalah makanan laut diikuti dengan daging dan salad.Penduduk tempatan makan makanan tersebut diikuti dengan memakan rempah ratus yang banyak kerana ianya dapat membunuh semua bakteria yang berbahaya.

4.  Naples, Itali


Tempat dimana pizza dicipta dan mempunyai ramai penduduk. Walau bagaimanapun, bandar ini sangat bahaya dan terdapat ramai penyeluk saku. Mereka muncul dari mana-mana dan akan ambil beg tangan atau kamera anda tanpa anda sedari.

5. Mumbai, India.


Setiap pelancong yang dating ke Mumbai sentiasa akan dikelilingi oleh ramai pengemis yang melihat mereka sebagai dompet berjalan. Cuaca yang sangat panas dan persekitaran yang kotor, merupakan sebab utama berlakunya keracunan makanan atau sakit.
Dikuasakan oleh Blogger.