Header Ads

Kisah pembunuhan seringkali dikaitkan dengan orang lelaki, 4 wanita berikut telah melakukan pembunuhan paling kejam


Wanita sering dikaitkan dengan kecantikan, kebijaksanaaan dan penyanyang. Tetapi lemah lembut macam mana sekali pun kaum wanita diuji tahap kesabarannya boleh menjadi seorang yang kejam. Dan ini ialah senarai pembunuh wanita paling kejam .

1. Magdalena Solis


Wanita ini berasal dari kota Monterrey , Mexico. Digelar sebagai Dewi Darah . Merupakan seorang pekerja seks dan pembunuh bersiri yang kejam . Pada tahun 1963 wanita ini memulakan ritual ajaran sesat di satu pekan kecil ,rata-rata penduduk disana memuja kehadirannya sebagai utusan tuhan dan dia mengarahkan pengorbanan manusia .

Mereka yang dipilih menjadi korban akan dikerat anggota badan dan dibiar berdarah sampai mati . Darahnya pula akan diminum kononnya untuk menjadi lebih berkuasa dan kekal muda . 5 mangsa telah menjadi korban ,dan mangsa yang terakhir lebih sadis lagi apabila jantungnya dicabut hidup-hidup.

2. Bell Gunness


Dilahirkan di Norway dan kemudian berhijrah ke Amerika Syarikat . Wanita ini dianggarkan telah membunuh 25-40 orang dan kebanyakkan mangsa adalah darah dagingnya sendiri . Semua pembunuhan yang dilakukan olehnya adalah untuk mendapatkan wang pampasan insuran. Mangsa pembunuhan pertamanya adalah 2 orang anak perempuannya sendiri yang mati diracun .

Bell yang iklankan dirinya sendiri di surat khabar untuk mencari jodoh ,satu demi satu lelaki yang berjumpanya hilang tanpa dikesan lagi. Pada 28 april 1908 rumahnya telah dijilat api ,dan kegiatannya terbongkar apabila polis menemui longgokkan tulang disekitar kawasaan rumahnya . Tetapi Bell Gunness tidak ditemui .

3. Irma Greese


Ditugaskan sebagai seorang pegawai NAZI di kem tahanan di Jerman semasa perang dunia ke-2. Wanita ini telah menyiksa dan membunuh ramai tahanan wanita . Dikenali sebagai Raksasa Jelita .

Hobinya ialah memukul tahanan menggunakan besi sampai mati ,menembak tahanan sesuka hati , menyiksa tahanan yang lebih cantik dan lebih teruk lagi dia memilih banduan yang sakit dan lemah menjadi santapan anjing peliharaannya makan hidup-hidup. Wanita ini juga ditahan atas jenayah perang ,segala-galanya berakhir pada 13 disember 1945 semasa berusia 22 tahun.

4. Marry Flora Bell


Pada tahun 31 Julai 1968, kanak-kanak lelaki Brian Howe berusia 3 tahun ditemui mati . Mangsa ditemui maut dengan kesan jerutan dileher ,beberapa anggota badannya dikelar , kemaluannya dihiris dan perutnya diukir dengan huruf ‘M’ menyebabkan tertangkapnya pembunuh tersebut iaitu Marry Flora Bell .

Kanak-kanak ini telah melakukan 2 pembunuhan kejam sewaktu umur 11 tahun . Dibesarkan dalam keadaan keluarga yang kucar kacir , kanak-kanak ini dipaksa untuk melakukan seks seawal usia 4 tahun oleh ibunya yang merupakan seorang pelacur .

Pembunuhan pertama yang dilakukan adalah sehari sebelum hari jadinya yang ke 11 . Mangsa ialah kanak-kanak lelaki yang berusia 4 tahun. Pembunuhan kedua dilakukan bersama rakannya bernama Norma , mangsanya bernama Brian Howe .

Kanak-kanak ini menjadi suspek utama selepas dilihat ketawa terbahak-bahak semasa upacara pengebumian Brian . Dia kemudiannya diberkas dan dipenjarakan selama 12 tahun . Dan sebelum melakukan setiap pembunuhan Mary akan bertanya "what happen if you choke someone. Do they die?"

Dikuasakan oleh Blogger.