Header Ads

Kisah bagaimana perempuan terkaya China berjaya, bermula dari kerja kilang


Zhou merupakan anak bongsu dari tiga beradik, dibesarkan di tengah bandaraya China. Hidup zaman kecilnya penuh dengan suka duka, ibunya meninggal ketika beliau berumur 5 tahun, dan ayahnya buta akibat kemalangan menimpanya ketika bekerja di kilang mengakibatkan mereka hidup dalam kemiskinan.


Akibat tekanan hidup, Zhou ketika berumur 16 tahun mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan mengejar impiannya sebagai pereka fesyen. Dia bermula sebagai pekerja kilang di Shenzhen. Di sana, Zhou bantu mencipta lensa jam dan peroleh 1 dolar untuk sehari.

Tempoh bekerja di kilang terlalu panjang dan padat. Tidak lama kemudian Zhou mengeluh bosan bekerja di situ lalu menyatakan rasa terima kasih kepada majikan atas peluang untuk bekerja, tetapi hatinya masih atas pendirian ingin terus dapatkan peluang untuk belajar sesuatu.

Keinginan tersebut jadi buah mulut antara pengurus-pengurus syarikat sehingga beliau ditawarkan jawatan lain selepas 3 tahun.


Pada 1993, dengan hanya simpanan sebanyak 3,000 dolar dan sokongan daripada saudara, Zhou memulakan perniagaan membuat lensa jam sendiri. Dia kemudian mendapat ilham untuk melihat perniagaan dari sudut yang lebih besar, sehingga sejuah mereka cipta dan membaiki mesin.

Namun, apa yang membuatkan Zhou seorang bilionair adalah dari industri telefon.


Pada tahun 2003, Lens Technology diminta untuk membuat skrin Motorola Razr V3. Kaca ciptaan Zhou terbukti berkualiti tinggi, tahan calar dan memaparkan imej yang lebih tajam.

Jenama besar telefon pintar mula cuba untuk mendapatkan khidmat daripada beliau. Dari HTC ke Samsung, Zhou dengan cepat menjadi pembekal mereka.

Zhou seorang yang kuat bekerja. Kilangnya beroperasi sepanjang masa, dengan tenaga kerja seramai 75,000 pekerja.


Zhou juga memimpin setiap aspek pengeluaran kilangnya. Zhou pernah berkata "ayah saya telah kehilangan penglihatanya, jadi jika kita mahu letakkan sesuatu di suatu tempat, pastikan ianya ditempat yang betul dan jelas, jika tidak ada perkara yang akan berlaku."

Dia mengendalikan kilang-kilangnya dengan sangat teliti.

Zhou juga mempunyai sebuah apartment di belakang kilangya supaya dia lebih dekat dan mudah untuk pergi kerja.

Dia kini memiliki beberapa hartanah di Hong Kong bernilai kira-kira 77 juta dolar. Dia juga dikenali sebagai wanita terkaya di China dan pernah disenaraikan antara wanita terkaya di dunia.

Pada umur 47 tahun, Zhou Qunfei kini bernilai 10 bilion dolar.

Dikuasakan oleh Blogger.