Header Ads

Keunikan pada haiwan-haiwan ini mengagumkan,8 haiwan ini menggambarkan seperti gaya rambut yang unik



Manusia biasanya melabur banyak masa, usaha dan wang untuk mendapatkan gaya rambut dan mencuba teknik baru  pada penampilan diri. Manakala haiwan ini mempunyai rambut yang unik dan menarik yang semulajadi.

1. Ayam Poland


Dikagumi kerana puncak bulu mereka yang luar biasa dan berbentuk V. Ayam-ayam ini sangat popular di Eropah pada abad ke-16 dimana mereka tampil dalam lukisan seni Belanda dan Itali pada masa itu.

2. Goura


Salah satu spesis merpati cantik yang bermahkota, Goura Scheepmakeri boleh ditemui di New Guinea dan beberapa pulau sekitarnya.

3. Kambing Racka


Racka atau kambing Wallachian adalah kambing biri-biri yang berasal dari Hungary. Mereka dikenali dengan tanduk berbentuk lingkaran dan bulu tebal.

4. Hipster Alpaca


Alpaca adalah binatang ternama yang sangat ramah dan cerdas. Mereka juga tahu cara untuk ‘pose’ depan kamera.

5.  Anjing Samoyed


Seperti banyak anjing Artik, Samoyed mumpunyai lapisan bulu tebal, putih yang menghalang mereka dari sejuk pada musim sejuk dan panas pada musim panas. Anjing- anjing ini agak mesra, bersosial dengan baik dan merupakan sahabat yang baik kepada manusia.

6. Arnab ‘The Wally”


Wally menjadi viral sebaik sahaja gambarnya dimuat naik ke media social. Dengan telinga bersayap dan muka yang comel telah menambat hati awam di seluruh dunia.

7. Arnab Anggora



Temui Ida – Arnab Anggora makhluk paling lembut di dunia. Makhluk comel ini menghasilkan bulu angora yang dapat digunakan untuk membuat pakaian. Ia dikatakan 7 kali lebih hangat daripada bulu kambing biri-biri.

8. Anjing Puli



Anjing yang aktif dan bertenaga ini terkenal  dengan rambut kerinting yang merupaki dredlocks. Kerana kecerdasan dan sifat mereka yang suka bermain, mereka selalu menjadi pusat perhatian.


Dikuasakan oleh Blogger.