Header Ads

Kenapa dia macam tak suka je kat kita, ini 8 sikap wanita yang lelaki tidak suka


Rata-rata lelaki mendambakan wanita yang bukan saja cantik paras rupa tapi baik perangai dan sikapnya sebagai teman disisi. Namun, kadangkala banyak sikap wanita yang boleh membuat seorang lelaki rasa meluat.

Tetapi tidak perlu takut, kerana semua sikap negatif yang ada pada diri kita mampu untuk diubah selepas kita sendiri tahu apa yang orang tidak suka. Tanpa tunggu lama lagi mari admin kongsikan 8 sikap yang dilakukan oleh wanita tapi tidak disukai oleh seorang lelaki.

1- Materialistik


Bukannya lelaki tak mampu untuk keluarkan duit untuk wanita, pula memang orang yang dia sayang. Tapi perempuan juga mesti turut berusaha bersama-sama dan tidak terlalu bergantung harap  untuk lelaki menyediakan segala-galanya. Lebih baik jika jadi seorang perempuan yang berdikari dan pandai menjaga diri. Itu membuatkan seorang lelaki tidak rasa terlalu terbeban.

2- Queen Control


Biasalah, lelaki mana yang suka bola perempuan nak kawal semua benda yang lelaki tu mahu buat. Kalau ikutkan tak salah pun jika niat nak mengawal asalkan ada kompromi dan bertolak ansur. Harus diingatkan bahawa lelaki adalah ketua, kalau ketua pon pergerakan terbatas. Baik tak perlu jadi ketua, kan?


3- Terlalu pasif


Kadangkala lelaki juga suka kalau wanita yang bertindak memulakan sesuatu,Sebab perempuan yang terlalu pasif dan hanya tunggu sesuatu dari lelaki seolah-olah wanita tersebut seorang yang keanak-anakkan dan tidak yakin meluahkan keinginannya. Tapi, jangan lah pula terlalu "hyperactive" buat biasa-biasa saja.


4- Suka mengeluh dan membebel


Boleh nak bercakap untuk meluahkan perasaan tidak puas hati, tapi janganlah kerap kali atau sepanjang pertemuan asyik nak membebel dan mengeluh, dari bab pekerjaan, kawan-kawan atau hal-hal dirumah, ada je yang tak kena. Bila dah kerap sangat mestilah orang lelaki akan rasa rimas dan bosan. Cuba kalau orang lelaki buat pada anda macam tu. Tentu rasa perkara yang sama bukan?


5- Tak konfiden dengan tubuh badan sendiri.



Kebanyakkan perempuan selalu tak puas hati dengan bentuk tubuh sendiri. Secantik mana pun tubuhnya, pertanyaan macam, "saya ni gemuk tak ?"  atau "kulit saya nampak gelap ke?" selalu membuat lelaki bosan dan rasa jengkel. Jangan ingat lelaki diam tandanya suka ya. Dalam hari siapa yang tahu kan?

6- Melawa dan berdandan berlebihan.

Ya betul lelaki suka perempuan yang cantik. Tapi rata-ratanya lebih sukakan wanita yang ada natural beauty berbanding dengan wanita yang suka berhias dan berdandan berlebihan.

7- Cerita pasal lelaki lain



Sama juga seperti perempuan, tentu tak suka bila lelaki cerita tentang perempuan lain dihadapannya. Sama seperti lelaki kerana ia memang bertentangan sekali dengan sisi ego lelaki apabila mendengat wanita bercerita mengenai lelaki lain di depannya. Apalagi jika apa yang diceritakan itu berupa puji-pujian dan kekaguman.

8- Gedik



Memang tidak dinafikan semua ada sifat seperti ini dari pelbagai aspek. Tapi sifat terlalu gedik ini sangat menjengkelkan kaum lelaki terutamanya dikhalayak ramai. Kalau setakat nak gedik sikit-sikit tu oklah lagi. tapi kalau dah melampau sangat memang meluat.



Dikuasakan oleh Blogger.