Header Ads

Kelebihan untuk mengetahui cara mengajar anak cepat bercakap. ini 4 caranya


Kajian ini memberikan kelebihan untuk ibu bapa mengetahui cara mengajar anak cepat bercakap.

Para penyelidik mengenalpasti bayi sudah mengenali maksud perkataan sebelum mereka bercakap lagi.

Faktor yang mendorong anak untuk faham sesuatu maksud adalah :
  • Mereka dapat mengenali maksud  perkataan dengan melihat objek semasa ia disebut. Antaranya "ini Apple", dengan menunjukkan buah apple di hadapanya.
  • Dengan menyebut perkataan berulang kali juga memberi kesan pada mereka. Contohnya nak makan, perbuatan yang selalu digunakan setiap hari.
Ini 4 cara untuk mengajar anak cepat bercakap

1. Sentiasa berbual

Sama ada mereka dapat menjawab atau tidak, mereka sentiasa dapat mendengar apa yang kita cakap.

2. Berikan pendedahan menyeluruh

Sentiasa terus bercakap dengannya. Jika anda rasa bosan atau takut bayi anda bosan (percayalah mereka tidak akan bosan dengan anda), jadilah lebih kreatif.

3. Buat perkataan sebagai perbualan

Perkataan saja mungkin sukar untuk difahami oleh si manja anda. Jadi, cara mengajar anak cepat bercakap adalah dengan membina ayat dan menjadikan ia sebagai perbualan.

4. Sentiasa meraikan anak


Apabila dia sudah pandai bercakap seperti menyebut ibu, sentiasa memberi pujian dan beri tepukan. Ini akan mendorong mereka untuk mencuba perkataan lain pula.

Semuanya didengari dengan teliti oleh bayi anda cuma mereka belum boleh memberi respon seperti yang anda mahukan.

Kepada ibu bapa sentiasa berbual dengan anak supaya mereka boleh belajar bercakap dengan cepat.



Dikuasakan oleh Blogger.