Header Ads

Kehebatan mereka diktiraf di arena antarabangsa, ini 8 personaliti Sarawak yang telah mengharumkan nama Malaysia


Tidak dinafikan lagi bahawa bumi Sarawak ini mempunyai ramai bakat seni dan sukan yang hebat. Saya tak mahu bicara soal Dayang NurFaizah atau Hafiz mahupun tentang Watson Nyambek. Mereka memang sedia kita kenali. Namun yang terkenal di US dan Eropah namun kita terlepas pandang.

Kehebatan mereka ini diktiraf di arena antarabangsa. Antaranya ialah di bidang perfileman, industri kreatif dan sukan.

Siapa sangka anak kelahiran Kuching pernah bertarung di UCL, pemain EPL pula lahir di Miri, pelakon wanita Iban mempunyai portfolio di hollywood, anak Cina kuching mengarah Fast 7 dan Conjuring 1/2. Anak Iban Betong kini menjadi travel host untuk Discovery Channel.

Saya dapati memang ramai anak Sarawak yang berjaya di luar negara. Walaupun mereka beribu atau berbapa orang Eropah namun darah Sarawak mengalir dihati. Walaupun ada yang tiada pertalian dengan etnik di Sarawak dan hanya lahir di Sarawak tetapi mereka tetap menganggap Sarawak adalah tanah air mereka. Semoga mereka tetap ingat bahawa Sarawak ibu pertiwi mereka.

Berikut saya senaraikan 8 personaliti Sarawak yang terkenal di dunia antarabangsa. Ini bukan ranking hanya sekadar senarai sahaja.

1. K.K Moggie


KK Mogie (Kredit Foto: IMDB)
Berasal dari Kuching Sarawak mempunyai portfolio sendiri di hollywood. Pernah membintangi filem Sleeping Dictionary bersama Jessica Alba pada tahun 2003. Namun bakatnya lebih dahulu dikenali dalam filem Anna and The King 1999.

Beliau seterusnya membintangi beberapa buah filem dan siri TV di US seperti Home dan Audition. K.K Moggie kumang Iban yang mengembangkan sayapnya di hollywood dan berbanggalah kita semua kerana nama Sarawak harum bersamanya.

2. Henry Golding



Kredit Foto : Henry Golding
Anak Iban kelahiran Betong membawa darah Iban melalui ibunya yang merupakan seorang wanita Iban yang berkahwin dengan lelaki Inggeris.

Kini keluarganya menetap di England namun Henry meneruskan kariernya sebagai anchor dalam siri travelog yang terkenal seperti Without Boundries. Selain itu pernah bersama Discovery Channel dan EsPN.



Henry Golding ketika balik ke Betong, Sarawak pada tahun 2016 (Kredit Foto: Henry Golding)
Walaupun berhijrah di England, Henry selalu dilihat berada di Sarawak pada ketika tertentu. Tambahan pula ada maklumat mengatakan beliau dan isterinya menetap di Singapura.

3. James Wan


James Wan (Kredit Foto: Telecable)
Siapa tak kenal Conjuring, Saw, Fast 7 ? Semua filem box office hollywood ini dihasilkan oleh pemuda Cina kelahiran Kuching yang berhijrah ke Australia sebelum namanya meledak di Hollywood. James Wan merupakan pemuda yang dimaksudkan.


James Wan bersama dengan aktor terkenal – Jason Statham (Kredit Foto: Jason Statham)
Seorang yang kreatif dan kelihatan humble tetap menganggap Sarawak sebagai hometown nya. Ini dapat dilihat dari catatan akaun media sosial miliknya. Bangga kan jika anak sarawak mengarah filem yang dilakonkan oleh nama-nama besar di Hollywood seperti Van Diesel dan lain lain.

4. Shaun Maloney
Lahir di Miri, Shaun Maloney Pernah bermain di Hull City dan Celtic serta bermain untuk skuad piala dunia Scotland.


Shaun Maloney (Kredit Foto: Hull Tigers)
Bapanya berbangsa Scottish merupakan pilot tentera udara British. Ibunya pula seorang Scottish juga melahirkan Shaun di Miri. Walaupun sekadar membesar selama 5 atau 6 tahun di Miri sebelum keluarganya kembali ke Scotland ia tetap membanggakan kerana nama Sarawak ditempa sebagai tempat kelahirannya.

5. Dion Johan Cools



Kredit Foto: Dion-Johan Cools
Beliau merupakan kelahiran Kuching. Bapanya orang Belgium manakala ibunya orang Sarawak (ibunya berbangsa Cina).

Dion kini bermain di Liga Belgium dengan kelab FC Brugge. Malah bermain untuk FC Brugge di peringkat liga juara-juara Eropah. Dia turut bermain untuk skuad Belgium. Beliau juga pernah pulang ke Sarawak untuk melawat saudara mara sebelah ibunya disini.

6. Zee Avi

Kredit Foto : Zee Avi
Kalau sebut Izyan Alirahman mungkin ada yang tak tahu. Tapi siapa tak kenal Zee Avi.? Suara serak-serak basah dengan irama soul dan pop indie yang mantap telah menarik minat Penerbit Patrick Keller dari Amerika Syarikat untuk mengembangkan bakat nyanyian Zee Avi di Amerika Syarikat.

Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman dilahirkan di Miri telah pun melahirkan album ghostbird yang mendapat sambutan pada 2011.

Minat beliau bermain gitar dan membuat persembahan di kelab muzik indie di Amerika Syarikat ketika beliau belajar disana dalam bidang reka fesyen pada tahun 2009.

Tahukah kita bahawa Associated Press international telah meletakkan Zee Avi sebaris dengan Mariah Carey dan Black Eye Pea? Hebatkan anak bangsa bumi kenyalang ini. Bangga orang Miri.

7. Saufi Aiman



Kredit Foto: Saufi Aiman Yahya
Beliau baru-baru ini berjaya memenangi pingat Emas dalam Pertandingan World Champion of Performaning Arts atau WPCOA di Amerika Syarikat. Beliau bermain alat muzik tradisi Sape.

Cukup untuk menarik minat juri menobatkan beliau sebagai pemenang. Mungkin selepas ini ada pihak di Amerika akan mengembangkan bakat beliau disana.

8. Jason Desmond Anthony Brooke



Jason Desmond Anthony Brooke (Kredit Foto: Swinburne University of Technology Sarawak)
Tak perlu diperkenalkan lagi kerana cicit Rajah Brooke pemerintah Sarawak ini amat sinonim dengan Sarawak. Sering melakukan kerja-kerja kebajikan menerusi yayasan warisan keluarga Brooke bagi membantu anak-anak Sarawak dan memelihara legasi pemerintahan Datuk dan Moyangnya yang pernah memerintah Sarawak.

Semoga beliau terus bertakhta di hati rakyat Sarawak meskipun tidak memegang kuasa pentadbiran disini. Namun keperihatinan beliau terhadap rakyat Sarawak merupakan gambaran datuknya menerusi legasi yang ditinggalkan lebih setengah abad yang lalu.

Demikianlah kebanggaan kita sebagai rakyat Bumi Kenyalang mempunyai anak-anak Sarawak mahupun membawa darah daging etnik Sarawak dalam diri mereka dan masih menyayangi Sarawak sebagai Ibu Pertiwi walau pun sudah bertapak di luar negara.

Mereka tetap kebanggaan Sarawak.
Dikuasakan oleh Blogger.