Header Ads

Kadangkala makanan yang kita beli cepat rosak, Ini 7 makanan yang dapat disimpan lebih lama



Jangka hayat makanan bergantung dengan cara kita menyimpannya. Tetapi kadang kala ianya bergantung juga dengan jenis makanan yang disimpan.

1. Berries + Cuka + Air


Campurkan 1:10 cuka epal dan air. Bilas beri dalam larutan ini, keringkan mereka, masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kertas, dan letakkan dalam peti sejuk.

2. Daun Saderi + Brokoli + Salad + Tinfoil


Ini sangat mudah: bungkus sepenuhnya brokoli, saderi atau salad dalam tinfoil. Mereka akan tetap segar selama 2-3 minggu atau lebih lama.

3. Keju + Kertas Parchment


Keju akan menjadi lebih baik jika dibalut menggunakan kertas parchment dan diletakkan dalam mangkuk seramik atau kaca. Anda juga boleh memasukkannya ke dalam kotak plastik, tetapi pastikan ianya terbuka sedikit.

4. Aprikot + Kompartmen


Simpan apricot yang belum masak dan tidak mempunyai cacat cela. Jika hendak menyimpan apricot dengan banyak, boleh membungkus mereka menggunakan kertas parchment dan letakkannya dalam kotak. Anda juga boleh menggunakan bekas petak yang bersih seperti bekas simpan telur. Buah apricot masak pada 50-59F ( 10-15C). Aprikot yang masak perlu disimpan ke dalam beg kertas dalam peti sejuk.

5. Halia + Air mendidih atau kertas parchment


Untuk memastikan ianya segar dalam jangka masa yang lama, keringkannya di bawah sinaran matahari, kemudian bungkus dalam kertas parchment dan letakkan dalam tempat yang sejuk dan gelap. Selain itu, boleh merendamkannya dalam air mendidih dan letakkannya dalam peti sejuk.

6. Daun bawang + Botol + Freezer


Caranya adalah memotongnya dan meletakkan kepingan dalam botol plastic. Keringkan mereka sedikit sebelum dimasukkan ke dalam freezer. Sekirannya, anda melakukannya dengan betul, anda boleh menyimpannya dalam masa yang agak lama.

7. Cendawan + kotak, mangkuk atau beg kertas


Cendawan muda adalah terbaik. Bersihkan mereka dari kotoran dan bilas dengan cepat, kerana mereka mudah menyerap air. Letakkan dalam mangkuk yang berisi air masin untuk membunuh serangga. Kemudian letakkan atas kertas tuala dan buang bahagian yang rosak. Keringkan cendawan, simpan dalam beg kertas atau di dalam peti sejuk.


Dikuasakan oleh Blogger.