Header Ads

Jerawat sering menghantui diri kita, Ini antara 5 sebab mengapa kita tidak boleh picit jerawat



Setiap orang memiliki the triangle of death atau segitiga kematian yang terletak di sekitar dagu sehingga ke hujung bibir, rongga (sinus), dan pelbagai pembuluh darah lain yang berhubung dengan otak.

Salah satu masalah kulit iaitu jerawat boleh timbul dimana-mana sahaja termasuk kawasan segitiga kematian. Jika anda memicit jerawat dengan sengaja di kawasan segitiga kematian, ini dapat menyebabkan jangkitan CVT(Celebral Venous Thrombosis) sehingga boleh menyebabkan kelumpuhan, buta malah kematian..

Sebab kenapa memicit jerawat itu adalah perkara paling teruk untuk dilakukan dalam kehidupan seharian.

1. Lebih banyak kuman masuk ke kulit


Apabila jerawat dipicit kotoran yang mengandungi seperti nanah dan darah itu, secara umumnya anda sebenarnya akan mengundang lebih banyak kuman apabila jerawat itu pecah nanti.tangan dan jari-jemari adalah tempat pembiakan bakteria paling banyak dalam sehari

2. Parut


Jerawat boleh muncul dan hilang dengan sendirinya namun menurut pakar kulit,akan berlaunya radang teruk pada kawasan kulit selepas anda memecahkan jerawat. Parut hitan juga akan kekal lama mungkin boleh makan masa dari sebulan hingga dua bulan.

3. Stress


Sebaiknya membiarkan  jerawat itu hilang sendiri atau pecah sendiri.Elak memicitnya kerana anda mungkin menyesal dengan perbuatan anda tu. Lebih-lebih lagi bila anda memicit jerawat yang masih merah dan belum masak. Tak akan ada apa-apa yang keluar melainkan darah dan kulit jadi luka.

4.Solekan buat jerawat bertambah teruk


Jangan sesekali mekap seperti foundation atau concealer atas jerawat yang baru pecah. Itu hanya akan mengeruhkan keadaan, membiak kuman diseluruh muka dan guna berus yang sama di seluruh bahagian wajah lain.

5. Guna cara betul picit jerawat


Basuh bersih wajah dan gunakan kepingan kapas untuk memicit dan tolak isi jerawat keluar.Jangan
guna jari kerana kuku akan lukakan lapisan kulit yang akan sebabkan parut.Picit keluar habis sampai tiada nanah dan darah. Apabila hanya air jernih yang keluar, itu tandanya jerawat anda sudah kosong. Lembabkan kapas bersih dengan air panas (jangan terlalu panas) lalu tekapkan pada kawasan jerawat tadi untuk matikan lebihan kuman yang tertinggal.


Jerawat di Dahi Atas
Punca: Sistem pencernaan dan Pundi Kencing
Apa yang perlu dilakukan:

  • Air minuman membantu untuk mengepam keluar toksin dalam badan anda
  • Teh hijau, air lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ini adalah makanan yang kaya dengan antioksida
  • Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Lebihkan minum teh herba terutamanya teh hijau.
  • Amalkan tidur awal dan bangun awal
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan rambut dan topi



Jerawat di Dahi Bawah (Lower forehead)
Punca: Jantung
Apa yang perlu dilakukan:


  • Cuba untuk bersenam
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air
  • Jika merokok, usahakan untuk berhenti merokok
  • Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi

Jerawat di telinga
Punca: Buah pinggang
Apa yang perlu dilakukan:


  • Tingkatkan pengambilan air
  • Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein
  • Bersihkan buah pinggang anda dengan diuretik seperti kaedah daun sup/pasli dan air.


Jerawat di sekitar Mata dan antara Bulu kening
Punca: Hati
Apa yang perlu dilakukan:


  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C
  • Cuba elakkan makan lewat malam
  • Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, alkohol dan diari,
  • Lebihkan  bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.


Jerawat di Pipi Atas
Punca: Paru-paru dan Sistem Pernafasan
Apa yang perlu dilakukan:
  • Elakkan merokok dan merokok pasif
  • Senaman
  • Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan
Jerawat di Pipi Bawah
Punca: Masalh gusi atau Gigi
Apa yang perlu dilakukan:

  • Jaga kebersihan diri:
  • Sentiasa jaga kesihatan gigi,.
  • Jaga makanan
  • Jangan makan terlalu banyak
  • Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda
  • Elakkan mangga, akar keladi dan makanan laut atau makanan sensitif dan ada kesan alergik.
  • Makan makanan kurang gula


Jerawat di Tepi Dagu
Punca: Hormon dan kemaluan
Apa yang perlu dilakukan:


  • Kurangkan tabiat makan sebelum tidur
  • Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran
  • Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
  • Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
  • Tidur awal dan bangun awal


Jerawat di Tengah Dagu
Punca; usus kecil dan perut
Apa yang perlu dilakukan:

  • Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran
  • Dapatkan rehat yang lebih
  • Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda


Jerawat di Dada dan Leher
Punca : tekanan,
Apa yang perlu dilakukan:


  • Cuba untuk hilangkan tekanan
  • Gunakan pakaian yang selesa
  • Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C


Dikuasakan oleh Blogger.