Header Ads

Bukan semua penggambaran sesebuah filem berjalan lancar, 7 pelakon yang digantikan ketika proses sudah bermula



Membuat filem adalah satu proses yang rumit di mana segala-galanya hendaklah sempurna. Maka apabila terdapat sesuatu yang tidak disenangi berkenaan dengan pelakon, para pengarah dan pengeluar kadang-kadang merasa lebih mudah untuk memecat pelakon tersebut walaupun dia seorang bintang terkenal.

1. Natalie Portman – Claire Danes



Natalie Portman diterima untuk berlakon di dalam filem Romeo dan Juliet, dan dia akan berganding bersama Leonardo Dicaprio. Tetapi selepas penggambaran bermula, pengarah filem mendapati Natalie Portman tidak sesuai berganding dengan Leo yang kelihatan lebih matang. Dan akhirnya, Natalie terpaksa ditolak dan digantikan dengan Claire Danes.

2. Robert Downey Jr – George Clooney



Salah satu peranan utama dalam filem Gravity diberikan kepada Robert Downey Jr akan tetapi selepas penggambaran filem tersebut, pelakon Robert Downey Jr kelihatan tidak sesuai memainkan watak itu. Dalam kata pengarah filem itu, Alfonso Cuaron “ Robert sangat berbakat, tetapi aspek teknologi filem itu memberikan pernghalang besar kepada gaya lakonannya”. Dengan demikian, Downey Jr digantikan dengan George Clooney.

3. Megan Fox – Rosie Huntington Whiteley



Semasa penggambaran Transformers: Dark of the Moon, Michael Bay mahu Megan Fox untuk menaikkan berat badan sebanyak 7-9 paun dan ‘mengelapkan’ sedikit kulitnya. Sebagai respons, Megan Fox menyamakan Bay dengan Hilter dan memanggilya “orang yang paling teruk untuk bekerjasama!” Akibatnya, Megan segera dipecat, dan digantikan dengan Rosie Huntington Whiteley.

4. Nicole Kidman – Jodie Foster



Nicole Kidman menghabiskan masa selama 18 hari pada set penggambaran Panic Room dan memegang watak sebagai seorang ibu. Pelakon tersebut berhenti dari filem itu kerana kompilasi yang dialami semasa membintangi Moulin Rouge dan akhirnya digantikan dengan Jodie Foster.

5. Ryan Gosling – Mark Wahlberg



Ryan Gosling tidak dipecat dari set filem tetapi dia meletakkan jawatan sehari sebelum penggambaran bermula. Walau bagaimanapun, Ryan menambahkan berat badannya dalam filem The Lovely Bones dan mempunyai ideannya sendiri tentang wataknya. Pengarahnya, Peter Jackson tidak menghargai ideanya dan Ryan ditukarkan dengan Mark Wahlberg untuk memainkan watak tersebut.

6. Stuart Townsend – Viggo Mortensen



4 hari dalam penggambaran The Lord of the Rings, Peter Jackson menyedari bahawa Stuart Townsend kelihatan terlalu muda untuk watak Aragorn. Oleh itu, dia menukarkan pelakon tersebut dengan Viggo Mortensen yang kemudiannya menjadi terkenal dengan watak tersebut.

7. Anne Hathayway – Katherine Heigl




Pada mulanya. Peranan utama dalam filem Knocked Up ditawarkan kepada Anne Hathaway. Tetapi, sebaik sahaja penggambaran bermula, pelakon itu mengetahui bahawa filem itu melibatkan adegan kelahiran anak. Anne memutuskan bahawa dia tidak mahu terlibat dalam filem tersebut dan bertengkar dengan pengarah, dan akibatnya peranan tersebut diaturkan kepada Katherine Heigl.
Dikuasakan oleh Blogger.