Header Ads

Buat kerja rumah bersama lebih baik, ini 5 langkah mengajak suami buat kerja rumah


Meminta bantuan bukanlah tanda lemah. Tapi ia adalah bukti komunikasi yang baik antara anda dan pasangan.

5 langkah di bawah ini tentang bagaimana anda boleh ajak suami buat kerja rumah bersama-sama anda dengan cara:

1. Tanya pada suami anda, apa cabaran terbesar mereka setiap hari. Sama ada di pejabat, rumah atau ahli keluarga. Jangan kritik, jangan hukum, hanya dengar apa jawapan dia.


2. Beritahu mereka cabaran terbesar anda setiap hari pula. Jangan harap mereka dapat mengubahnya. Tapi hanya minta mereka mendengar cerita anda tanpa komen apa-apa.


3. Masing-masing menyatakan apa satu perkara yang mahu diubah.

4. Sama-sama menyatakan satu benda yang boleh dibuat untuk mengurangkan beban pasangan.

5. Dan selepas ini selesai.

Ok, ia mungkin tidak berkesan pada kali pertama anda membuat 5 langkah ini. Tapi cuba secara konsisten untuk lakukannya setiap hari.

Mungkin buat perjanjian dengan pasangan untuk melakukan perkara ini setiap hari selama sebulan.

Lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan. Bukan saja cara ini memperbaiki komunikasi antara anda dan pasangan.

Tetapi secara tidak langsung anda dan pasangan sudah tahu apa yang boleh dilakukan untuk membantu masing-masing.

Dan jika pasangan anda menunjukkan usaha untuk membantu anda, walaupun ia adalah perkara yang sangat kecil seperti meletakkan cawan di dalam sinki – ucaplah terima kasih, tunjukkan yang anda amat hargainya!

Pasti dia akan rasa dihargai dan ingin membantu anda lagi.

Dikuasakan oleh Blogger.