Header Ads

Biasanya budak melayu yang berkhatan, tetapi di Sarawak berkhatan turut diikuti oleh masyakarat pelbagai kaum


Cuti sekolah mungkin satu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak namun ada ketika boleh jadi saat ngeri bagi kanak-kanak yang akan menempuh alam dewasa bila mereka akan berkhatan.

Amalan berkhatan ini selalunya dikaitkan dengan penganut Islam di Malaysia. Namun bagi sesetengah negeri dalam Malaysia seperti di Kelantan dan Sarawak berkhatan bukan sahaja diamalkan oleh orang-orang Melayu tetapi turut diikuti oleh orang Cina, Iban dan Bidayuh.


Gambar anak Cina berkhatan di Kelantan

Di Sarawak, misalannya ada daerah yang membuat majlis berkhatan secara besar-besaran oleh masyarakat Iban seperti di Lundu.
Gambar kanak kanak Iban berkhatan di Sri Aman

Malah pihak Kementerian Jesihatan turut memberikan perkhidmatan berkhatan bagi anak-anak Iban di rumah-rumah panjang.

Bagi orang-orang Melayu zaman 60an dan 70an biasanya berkhatan dilakukan secara tradisi dengan menggunakan khidmat tok mudim (biasanya menaiki basikal).

Kanak-kanak akan mandikan awal pagi menggunakan air kolah di surau dan diarak ke rumah (host) yang menganjurkan program berkhatan. Kemudian diberikan makan sirih pinang (berfungsi sebagai penghilang rasa gemuruh) didudukkan diatas batang pisang dan seterusnya dikhatankan.

Sakitnya hanya yang merasa sahaja yang tahu.

Namun sejak 80an kemajuan perubatan dan kaedah berkhatan ini dilakukan oleh pembantu perubatan dan doktor di klinik dan hospital kerajaan atau swasta.

Ibubapa dikalangan kanak-kanak Iban menemani anak mereka di hospital



Memandangkan berkhatan di Sarawak ini diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum seperti Melayu, Melanau, Iban dan Bidayuh maka ia menjadi satu keunikan di bumi kenyalang ini. Ini kerana kesedaran berkhatan ini lebih menjurus kepada konsep hygienic.

Mungkin pada masa akan datang majlis berkhatan perdana yang melibatkan pelbagai kaum dapat diadakan untuk menonjolkan warna perpaduan menerusi tradisi berkhatan ini.
Dikuasakan oleh Blogger.