Header Ads

Betapa kuatnya pengaruh komunis di Korea, 9 perkara yang anda perlu tahu sekiranya ingin ke sana



Korea Utara terkenal dengan banyak perkara mitos, kerana kekurangan maklumat mengenainya. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka ternyata benar.

1. Dilarang memakai seluar jeans berwarna biru.


Anda boleh memakai jeans tetapi warna jeans tersebut hendaklah bewarna hitam. Hal ini dikecualikan kepada pelancong, akan tetapi jika anda melawat tempat peringatan Kim II Sung dan Kim Jong II anda hendaklah memakai jeans bewarna hitam.

2. Pelancong tidak boleh menggunakan mata wang tempatan.


Di kedai –kedai tempatan untuk orang asing, seseorang itu boleh membayar dengan euro, yuans dan juga dolar AS. Selain itu, dilarang juga membeli apa-apa untuk warga Korea tempatan.

3. Pelancong tidak boleh beli harta di Korea Utara.


Pangsapuri di Korea Utara tidak dijual secara rasmi. Mereka diagihkan oleh kerajaan. Penduduk tidak boleh memilih untuk berpindah dari pendalaman ke Pyongyang.  Walau bagaimanapun, di pasaran gelap, apartmen boleh dibeli untuk 70,000 – 90,000 USD. Pelarian mendakwa bahawa gaji rasmi warganegara Korea ialah 4 USD sebulan.

4. Hampir mustahil untuk membeli sebuah kereta


Di Korea Utara, mereka yang memiliki kereta pasti sangat kaya dan berkuasa. Harga kereta adalah kira-kira 40,000 USD. Malah basikal juga jarang ditemui di luar Pyongyang. Semua basikal mempunyai lessen, seperti kereta.

5. Cetakan surat khabar beberapa tahun lepas sukar dijumpai.


Surat khabar harian biasa dipaparkan di stesen keretapi bawah tanah dan tidak perlu membelinya.

6. Tidak boleh menghubungi Negara luar dengan sim kad tempatan.


Telefon bimbit bukan lagi perkara yang jarang ditemui di Korea Utara. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan tidak dibenarkan membuat panggilan ke luar Negara bahkan kepada orang asing.

7. Minuman coca cola tidak dijual.


Korea Utara merupakan satu satunya negara yang tidak mempunyai minuman coca cola.

8. Mustahil untuk melancong ke luar negara.


Warganegara Korea Utara tidak boleh membeli tiket untuk melancong ke negara lain. Bukan kerana ianya mahal, tetapi kerana ianya dilarang. Sekatan perjalanan juga digunakan didalam negara. Untuk melawat saudara mara di kampung, anda perlu mendapatkan kebenaran. Walau bagaimanapun, sesetengah warga Korea Utara dibenarkan untuk ke China atau Rusia untuk mendapatkan wang.

9. Tiada makanan segera


Tiada makanan segera di Korea Utara termasuklah McDonalds dan lain lain. Walau bagaimapaun, kiosk tempatan menjual kimchi sejenis makanan traditional Korea.


Dikuasakan oleh Blogger.