Header Ads

Beribu penyokong bola melaungkan selawat dan hasilkan koreografi ke atas Nabi Muhammad menarik perhatian ramai


Penyokong kelab dari Arab Saudi, Al Ittihad FC yang menyanyikan lagu 'Tala Al Badru' ketika di stadium harus dicontohi oleh penyokong bola sepak Malaysia.

Video yang berdurasi 1:14 ini yang telah dimuat naik di laman Youtube, melihat ramai penyokong kelab itu melaungkan pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w telah menarik perhatian ramai.

Sumber mengatakan penyokong tersebut turut melakukan koreografi secara bertulis حبيبي يا رسول الله yang bermaksud 'Oh Rasulullah, kekasih saya' dalam warna kuning dan hitam sesuai dengan warna kelab kegemaran mereka.

Lebih-lebih lagi mereka memilih lagu tersebut kerana ia dinyanyikan oleh sahabat Nabi ketika Nabi Muhammad tiba di Madinah dari Makkah.

Lihat video disini:

Tindakan peminat Al Ittihad harus menjadi contoh bagi sekumpulan penyokong. Kebanyakan peminat di Malaysia lebih sering menyanyikan lagu yang mengandungi penghinaan dan fitnah kepada kumpulan penyokong pihak lawan mereka.

Akhir sekali, peminat Al Ittihad melakukan aksi ini di Stadium Sukan Bandar King Abdullah, Jeddah, 20 Februari 2015 yang lalu. Pada masa itu Al Ittihad bertemua Al Shoalah di Liga Arab Saudi. Dalam permainan, Al Ittihad berjaya memenangi 3-2 walaupun ketinggalan pada mulanya.
Dikuasakan oleh Blogger.