Header Ads

Bagi penggemar makanan yang lazat, boleh cuba sendiri 5 makanan ini jika melancong ke luar negara



Salah satu perkara yang menarik apabila melancong adalah makanan tempatan. Setiap negara mempunyai sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan. Tidak perlu bergantung pada restoran yang mahal untuk mendapatkan makanan yang sedap lagi berpatutan.

1. Masala dosa, India


Masakan India sangat lazat sehingga dikenali di serata dunia. Hidangan khusus ini hanya popular di negeri-negeri selatan India, tetapi kini sangat lazim di mana-mana negara. Makanan ini menggunakan beras, garam, minyak sayuran, cili hijau, daun kari, kentang, bawang dan kunyit.

2. Doner kebab,Turki


“Kebab” dengan pertama kalinya di kenalkan di Berlin, Jerman oleh pendatang Turki pada tahun 1970-an. Sejak itu, ia telah menjadi makanan traditional yang sangat popular di Jerman dan kebanyakan negara Eropah. Kebab selalunya diperbuat daripada daging lembu atau ayam yang dipanggang.

3Pad Thai, Thailand


Pad Thai disenaraikan antara makanan paling lazat di dunia oleh CNN Go pada tahun 2011. Pad Thai dicipta semasa Perang Dunia 2 apabila Thailand mengalami kekurangan beras kerana perang dan banjir. Untuk menggurangkan penggunaan beras, Perdana Menteri Thailand menggalakkan orang ramai untuk makan mi. Selepas kejadian berikut, mi merupakan makanan utama di Thailand.

4Sashimi, Jepun


Makanan istimewa Jepun ini cukup terkenal di luar Jepun. Sashmi adalah ikan mentah yang dihiris menjadi kepingan nipis dan mempunyai teknik potongan berbeza untuk mendapatkan ketebalan ikan yang sempurna.

5Pastel de nata/ tart, Portugal



Pastel de nata telah dicipta oleh para biarawan Katolik pada abad ke 18. Pada masa itu, jumlah putih telur yang banyak digunakan. Para biarawan menggunakan telur kuning untuk membuat kek dan pastri.
Dikuasakan oleh Blogger.