Header Ads

Bagi anda yang baru menyertai Marathon, ini 7 tip penting untuk menyertai Marathon


Korang baru nak berjinak-jinak join larian?

Rasa nervous?

Tak tahu apa nak buat. Yang tahu kena tido awal supaya esok takdelah rasa tak bertenaga nak lari.

Bila dah masuk kali kedua, baru boleh arrange apa nak kena sedia. Tu pun kadang2 ada jugak yang tertinggal.

7 TIP PENTING BAGI ANDA YANG BARU MENYERTAI MARATHON yang akan membantu korang enjoy every moment masa berlari nanti

1. Siap sedia

Seeloknya sediakan barang-barang yang perlu dibawa seperti pakaian, kasut, tuala, minuman, plaster atau sebarang ubat-ubatan jika perlu.

2. Cukup tidur

Jangan stress dengan acara larian anda esok hari. Just enjoy every moment dan apa yang penting ialah anda tidur lebih awal. Biasanya bila join fun run, Jaja akan tidur seawal jam 10 malam.

3. Makan secukupnya

Pilih makanan yang kaya protein dan mudah dihadam seperti roti bakar bersama peanut butter dan pisang. Makan pula mestilah 2 jam sebelum larian.

Jaja pilih yang paling mudah disediakan iaitu ESP + susu low fat + oat untuk tenaga yang berpanjangan.

4. Tiba lebih awal


Seeloknya tiba satu jam lebih awal sebelum pelepasan supaya anda tidak terkejar-kejar.

5. Lakukan regangan

Lakukan senaman ringkas khusus untuk menggerakkan otot dan elakkan kecederaan semasa larian.

6. Kekal hidrat

Pastikan anda minum air secukupnya sebelum dan selepas berlari. Tetapi jika anda berlari lebih daripada 1 jam, disarankan anda meminum minuman yang mengandungi gula dan sodium untuk kekal hidrat.

Selalunya Jaja akan bawa bersama air Performance Drink Shaklee untuk kekal hidrat kerana Performance Drink mengandungi elektrolait yang berfungsi mengekalkan cecair dalam badan.

7. Enjoy the music

Lari sambil memasang music dan nikmati larian anda


Dikuasakan oleh Blogger.