Header Ads

Bagaimana hendak mulakan perniagaan tanpa mengeluarkan modal, Ini 3 tips mudah untuk memulakan perniagaan anda



Perniagaan tanpa modal tidak la begitu sukar , jika kita tahu caranya dan menggunakan kemahiran yang ada pada diri kita . Setiap manusia pasti ada kemahirannya tersendiri dan ianya juga pasti ada faedahnya.

Perkara asas yang diperlukan untuk perniagaan tanpa modal ialah memerlukan produk atau perkhidmatan . dan akan menjadikannya lebih mudah adalah dilakukan secara online. Ianya boleh diusahakan oleh sesiapa sahaja sekiranya kira rajin dan fokus.

1# Mengetahui kemahiran yang ada pada diri


Sekiranya anda tidak berapa yakin dengan kemahiran yang sedia ada ,anda boleh membuat carian di youtube mengenai perkara yang boleh mendatangkan hasil dengan menggunakan bahan sedia ada . Ianya sangat membantu untuk  anda mempelajari kemahiran baru .

Kemahiran dalam menyelesaikan masalah juga satu kemahiran yang baik dan menguntungkan sekiranya anda tahu caranya

#2 Setkan kemahiran yang anda ingin lakukan

2 jenis perniagaan yang ditawarkan iaitu  perkhidmatan dan produk

Contoh Perkhidmatan


1. Penghantaran barang  (despatch)
2. Menulis
3. Tempahan makanan
4. Reka grafik
5. Cetak baju – mengambil tempahan baju yang perlu dicetak mengikut kemahuan pelanggan
6. Dropship – ianya sangat mudah ,anda hanya mempromosikan barang dan harga apabila pelanggan membuat tempahan anda hanya berlu memberi tahu kepada penjual dan penjual akan melakukan kerja untuk post barangan , secara tiak langsung anda tidak menyentuh barang dan hanya menjadi orang perantaraan.
7. Menjahit – menerima tempahan untuk menjahit

Contoh Produk


1. Menjahit  -Tidak perlu mengambil tempahan tetapi mereka jenama pakaian sendiri
2. Menulis - Boleh mengarang novel , komik kemudian membuat pasaran
3. Cetak baju – membuat rekaan baju yang menarik dan kene dengan keadaan semasa ,pasti ada pembelinya

Sekiranya anda memerlukan modal untuk mengeluarkan produk ,mulakan dengan menawarkan perkhidmatan dan modal yang diperolehi gunakan untuk mencipta produk .

3# Mencari pelanggan


Keluarga dan rakan terdekat boleh dijadikan sebagai ejen pemasaran pertama . Proses ini bukanlah mengambil waktu yang singkat ianya memakan waktu juga . Siarkan jenis perkhidmatan atau produk anda di setiap laman sosial . Rajinkan diri untuk sentiasa update perkembangan perkhidmatan atau produk .

Tanggapan bahawa setiap perniagaan memerlukan modal adalah salah . kini zaman lebih maju . maklumat dihujung jagi . apa yang diperlukan hanyalah laptop dan kegigihan serta kerajinan seseorang itu ingin berjaya .




   


Dikuasakan oleh Blogger.