Header Ads

Aktor kacak The Flash kini berada di Malaysia, berkahwin dengan gadis sabah


Aktor kacak The Flash kini berada di Malaysia? Ya dan dia sudah pun melangsungkan perkahwinan bersama seorang gadis pilihannya dari Sabah!

Kekecohan yang melanda di laman sosial mempersoal adakah benar khabar yang menyatakan bintang siri tv The Flash, iaitu Thomas Grant Gustin berada di Malaysia sejurus selepas satu entri di Instagram memaparkan gambarnya bersama tunangnya yang berlatar belakangkan bangunan seakan di sini.


Sudah pasti ramai warga Sabah dengan cepatnya mengetahui yang dia memang benar berada di Kota Kinabalu. Thomas atau lebih dikenali sebagai Barry Allen superhero Flash berada di Sabah dari 17 Disember lalu dan sudah pulang ke Amerika Syarikat bersama gadis Sabah yang dari tunangan kini bergelar isteri kepada bintang itu.

Walaubagaimanapun pasangan itu tidak langsung mendedahkan di mana mereka berada demi untuk menjaga privasi mereka sepanjang berada di Malaysia termasuklah percutian ke sebuah pulau terpencil di Pulau Gayana.

Ramai orang awam yang dapat mengenalpastinya tetapi memberikan mereka ruang privasi.

“Mereka sangat menghormati. Ramai diantaranya hanya datang kepada kami dan meminta untuk mengambil gambar bersama. Tidak ramai yang cuba-cuba untuk mengambil gambar kami secara senyap-senyap atau tampil secara kasar,” ujar bintang tersebut kepada The Star.

Gustin terbang ke Malaysia untuk melangsungkan majlis perkahwinan beradat dengan tunangnya, Andrea Thoma, seorang terapi fizikal yang mana berbangsa separuh Kadazan.


Perkahwinan adat tersebut berlangsung di kediaman keluarga Thoma di Kampung Kolopis Penampang pada Rabu lalu yang mana dihadiri beberapa orang teman rapat dan keluarga.

Thoma dilahirkan di Ohio, Amerika Syarikat dan telah menetap di sana sepanjang hidupnya. Meskipun begitu, dia tahu akan budaya yang dipraktikkan di Sabah dan dia juga boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Kadazan kerana ibunya.

“Ibu saya memastikan komunikasi antara kami dalam bahasa Kadazan setiap masa, jadi kami tidak akan lupa akan identiti sebenar kami pabila menjadi seorang warga Amerika,”kata Thoma.


Keluarga Thoma setiap tahun akan pulang ke Sabah. Jadi dengan cara itu mereka akan sentiasa ingat pada budaya dan warisan Borneo.
Dikuasakan oleh Blogger.