Header Ads

Air kosong mempunyai kelebihannya yang tersendiri, 7 Manfaat air kosong untuk kesihatan tubuh badan kita



Air kosong adalah bahan mineral yang paling bagus kerana ianya tidak mempunyai kesan sampingan. Tidak hairanlah pakar-pakar kesihatan mencadangkan untuk minum air kosong lebih berbanding dengan minuman lain seperti kopi, teh, minuman bertenaga dan lain-lain.

 Berikut adalah manfaat air kosong yang anda mesti tahu:


1.  Meningkatkan tenaga
Kegiatan seharian kita tentu membuatkan kita berasa letih. Sesetengah orang percaya bahawa air kosong adalah minuman bertenaga yang cukup untuk membuatkan tubuh berasa lebih segar dan bertenaga.

2. Membuang toksin
Air kosong dapat membuang toksin yang berada di dalam organ-organ tubuh seperti usus dan ginjal. Racun-racun ini akan dikeluarkan melalui air kencing. Dengan meminum banyak air kosong, prestasi organ dalam tubuh badan kita akan menjadi lebih baik.

3. Mengekalkan berat badan
Minum air kosong dapat mengawal selera makan. Maka berat badan kita dapat dikawal dengan baik dan dapat mencegah dari penyakit obesiti.


4. Kulit yang sihat
Jangan lupa bahawasanya air kosong juga dapat membuatkan kulit kita menjadi sihat, segar dan berseri sepanjang hari.

5. Tulang yang sihat
Air kosong yang cukup dapat menghasilkan sel tulang baru. Tulang akan menjadi lebih kuat dan dapat mengelakkan daripada penyakit osteoporosis.

6. Bagus untuk pencernaan
Air kosong dapat mencerna sistem makanan dan minuman dengan lancar. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan sistem pencernaan nutrien tubuh kita dengan baik.

7. Meningkatkan fungsi otak

Air kosong juga dapat membantu otak kita bekerja secara optimum. Hal ini kerana otak kita mengeluarkan tenaga elektrik dan air adalah konduktor yang baik untuk tenaga. Maka air kosong dapat menghasilkan fungsi elektrik dalam otak dengan lebih optimum.
Dikuasakan oleh Blogger.