Header Ads

Zikir pendek harian yang boleh diamalkan, moga kita mendapat 1001 kebaikan daripada amalan ini

ZIKIR HARIAN 
Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah subhanAllahi wabihamdi
Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,"Sukakah engkau(Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab)SubahanAllahi Wabihamdi(Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).



JUMAAT : YA ALLAH

 (Wahai Allah)

– 1,000 KALI,  akan diberikan nikmat dapat mengerjakan solat, mengekalkan keimanan, menjadi seorang yang berusaha dan bagi wanita, akan merasakan senang dan suka untuk menutup aurat dengan baik.

SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH

 (tiada tuhan melainkan Allah)

– 1,000 KALI, akan diberikan ketenangan jiwa.


.
AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM 

 (Wahai yang sentiasa hidup dan sentiasa kekal)

– 1,000 KALI,Kehidupan akan dipelihara oleh Allah.



ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM

 (Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar)

– 1,000 KALI, Satu kalimah disebut akan diberikan ganjaran pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi.



SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM 

(Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad nabimu yang Ummi, dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabatnya dan ucapkan salam kepada mereka)

– 1,000 KALI,akan diberikan rahmat oleh Allah dan mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat kelak.



RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM 

 (Aku memohon keampunan kepada Allah)

– 1,000 KALI, Setiap kali sebutan akan menghapuskan satu titik hitam di dalam hati .



KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH

 (Segala puji bagi Allah yang maha besar dan segala puji bagi-Nya)

– 1,000 KALI, Akan dihapuskan dosa-dosa  sebanyak buih di lautan. Setiap kali disebut akan tertumbuh 1 pohon di taman syurga untuk sesiapa yang mengamalkannya.

Dikuasakan oleh Blogger.