Header Ads

Wanita ini merupakan seorang ibu yang hamil tapi mempunyai perut yang sangat kecil



Perut hamil nampak kecil atau besar?

Ramai yang beranggapan tidak apa untuk beri komen tentang tubuh fizikal wanita. Lebih-lebih lagi jika wanita tersebut hamil, perut dia terlalu besar atau terlalu kecil, contohnya.

Yiota merupakan seorang ibu yang hamil tapi ada perut yang sangat kecil dan dia menerangkan mengapa dia tidak perlu menjawab tanggapan dan “mulut” orang. Yiota sering kali disoal tentang mengapa perutnya terlalu kecil.

Ia membuatkannya rasa letih untuk menjawab soalan yang sama berkali-kali seolah-olah perut kecil semasa hamil adalah satu kesalahan. Jadi, Yiota telah memuat naik gambarnya bersama penjelasan agar dapat menghentikan soalan-soalan yang diterimanya.

Perut ibu hamil yang kecil ini disebabkan rahim yang senget.



Rahim yang senget atau terbalik merupakan satu keadan medikal di mana rahim berada dalam kedudukan terbalik. Wanita yang ada rahim
terbalik kadang-kala akan mengalami rasa sakit ketika hubungan intim atau datang haid.

Tapi secara amnya, ia tidak mendatangnya banyak masalah. Rahim terbalik semasa hamil bukanlah perkara yang perlu dirisaukan.
Ini kerana keadaan akan betul semula pada minggu ke 10-12 kehamilan. Di dalam sesetengah kes, parut endometrial boleh menyebabkan
rahim terbalik lebih lama.

Dan di dalam kes Yiota, parut menyebabkan rahimnya terbalik. Hinggalah bulan ke-4 kehamilan, barulah rahimnya beralih ke hadapan.

Jadi, bayinya tidak membesar ke kuar, tetapi ke dalam torsonya.

Semasa janin membesar, ia membesar di dalam torso dan bukan di bahagian perutnya. Walaupun progres kehamilannya normal dan sempurna, namun perut Yiota yang kecil telah menarik banyak mata dan menjadi buah mulut orang.

Dia mendapat banyak komen dan mesej berikutan perutnya yang kecil. Jadi dia terasa seperti perlu membuka mata segelintir individu. Mengapa orang asing perlu bersusah-susah mesej dia untuk mempersoalkan bentuk badan wanita hamil bagaimana?

Yiota juga mahu semua tahu yang dirinya sihat, bayi lelakinya juga sihat, dan berharap orang ramai tahu yang tidak perlu terlalu menyibuk perihal orang juga baik.



“Badan dan perut kita berbeza, bentuk dan saiz badan kita juga berbeza”

Rahim selalunya lurus ke bawah dalam keadaan menegak. Rahim terbalik ialah keadaan di mana rahim mengarah ke pelvis. Sekiranya seseorang wanita ada rahim terbalik, dia mungkin mengalami sakit dan sakit belakang semasa mengadakan hubungan intim.

Selain itu, jangkitan saluran kencing juga mungkin terjadi selain rasa sakit semasa datang haid. Rahim terbalik sebenarnya adalah perkara biasa terjadi dan lebih 20% wanita mempunyainya.

Dan ia juga mungkin terjadi akibat parut endometriosis. Kehamilan sebenarnya boleh membantu memusingkan rahim yang terbalik. Begitu juga dengan bersalin.

Rahim yang berpusing tidak akan menukarkan kehamilan, namun sekiranya tidak berpusing, terdapat risiko gugur pada ibu hamil itu namun ia jarang terjadi.

Sumber : TheAsiantparentMalaysia
Dikuasakan oleh Blogger.