Header Ads

Umur dah 30-an tapi masih belum couple, ini 5 kelebihan single berbanding couple



Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Kali ini kami akan menyatakan kelebihan sekiranya anda single.

Terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai.


Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah :

1. Kawan

Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana - mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina.

Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

2. Kewangan

Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini keranaanda hanya perlu memperunyukkan wang hanya untuk diri anda sahaja.

Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

3. Tidak banayak masalah

Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan.

Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

4. Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu

Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik.

Ia kerana tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa sahaja yang di inginkan.

5. Kurang tanggungjawab

Apabila sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab juga akan semakin bertambah.

Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.


Dikuasakan oleh Blogger.