Header Ads

Umur 20 macam orang tua, ini 10 cara tradisional dan moden untuk kekalkan keremajaan kulit




Umur baru awal 20-an tetapi orang selalu kata kita nampak tua dan tidak sesuai dengan umur. Barangkali kerana hormon atau kitsa sendiri tidak menjaga keeremajaan kulit kita. Berikut merupakan petua awet muda secara tradisional dan moden

Petua Awet Muda Secara Tradisional

1. Air Kelapa

Air kelapa berkhasiat untuk mengelakkan kedut di wajah. Caranya samada minum ataupun cuci muka Setiap 2 atau 3 hari (lebih elok lagi kalau dapat diamalkan setiap hari) Cara ini juga dikatakan mampu melambatkan penuaan dengan mengelakkan wajah daripada cepat berkedut.

Atau cara kedua, Simpan air kelapa selama satu malam. Esoknya, sapukan air kelapa tersebut ke wajah sambil berselawat dan biarkan selama lebih kurang sejam, barulah dibilas dengan air bersih.  Muka akan tampak lebih berseri tau.


2. Kayu manis

Seperti namanya, menurut petua orang lama, ia boleh melambatkan proses penuaan dan membuat kan wajah tampak lebih ‘manis’ dipandang.



Bagaimana caranya?

1 sudu serbuk kayu manis,
4 sudu madu (pastikan yang asli)
3 cawan air.
Rebus semuanya hingga mendidih.

Amalkan minum air rebusan nya setengah cawan setiap hari. Minumlah sebanyak 3 kali sehari, sebaiknya selepas makan. Air rebusan ini dikatakan dapat menyegarkan dan memberi tenaga baru kepada tubuh. Ia juga membantu melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan.



Petua Awet Muda Cara Moden

1. Produk penjagaan kulit

Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.dan perlulah ada membuat rujukan pakar bagi jenis kulit bermasalah

2. Air

Minum 8 gelas air putih setiap hari. Sekurang-kurangnya 1liter air untuk setiap 25kg berat badan Sumber Magnesium yang terdapat dalam air mineral juga boleh memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap tekanan darah yang normal.

3. Senaman


Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri. Meningkatkan kecergasan fizikal anda.Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.Memperbaiki keupayaan mengawal paras glukosa dalam darah.



4. Buah-buahan

Pastikan kulit anda mendapat Nutrisi mencukupi menerusi khasiat buah-buahan segar terutamanya Vitamin c nutrisi adalah yang paling banyak dikenal, dan juga telah banyak disediakan dalam bentuk suplemen. Vitamin C sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan perbaikan jaringan dalam tubuh kita.


5. Tidur Secukupnya

Pastikan anda tidur cukup dan berkualiti iaitu 8 jam sehari. Tidur adalah sangat penting untuk badan mendapat rehat yang secukupnya setelah penat melakukan aktiviti harian. Jika anda aktif melakukan segala aktiviti sukan atau menyertai pertandingan seperti larian marathon, tidur merupakan salah satu elemen yang sangat penting untuk di titik beratkan untuk mengumpul kembali tenaga yang hilang.


6. Pelembab

Gunakan pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak. Bila memang kering, maka harus segera dipakai. Diibaratkan seperti orang kehausan, maka harus segera minum, begitu juga dengan memakai pelembab kulit.


7. Tenang

Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.


8. Rehatkan kulit


Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biar kulit berehat seketika.biarkan kulit bernafas tanpa dihalang lapisan-lapisan yang membebankan wajah .ianya juga bole menaikan seri wajah


9. Sebelum tidur

Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.Solek yang anda gunakan setiap hari untuk menyerap banyak pencemaran, kotoran dari alam sekitar. Radikal bebas dapat mempercepat proses penuaan pramatang kulit dan menyebabkan kerosakan pada sel kulit


10. Elak makanan ringan


Berhenti pengambilan makanan ringan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.  Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan dan lebih terdedeh kepada pelbagai jenis penyakit

Dikuasakan oleh Blogger.